Tuesday, January 13, 2009

Recep Tayyip Erdogan

Recep Tayyip Erdogan berumur 54 tahun adalah lulusan sekolah agama tinggi Imam Hatip dan kemudian menamatkan pengajian di universiti Marmara dalam bidang Ekonomi dan Sains Pentadbiran.
Identiti beliau yang paling menyerlah sebagai pemimpin tertinggi Turki ialah isterinya bertudung.
Antara kejayaan beliau sebaik dilantik menjadi Perdana Menteri pada 2003 ialah menarik balik pengharaman pemakaian tudung di pejabat kerajaan dan juga universiti.
Perlu kita difahami politik Turki telah diracuni oleh golongan ultra sekular dan didokongi oleh pihak tentera yang berpengaruh.
Parti beliau pernah cuba diharamkan mahkamah pada tahun lepas hanya dengan tuduhan AKP cuba menjadikan Turki negara cenderung kepada Islam dan juga cuba menghapuskan ideologi sekularisma.
Namun beliau telah berjaya mengharungi semua kesukaran tersebut.
Beliau juga berjaya membawa keluar Turki dari kemelut kegagalan ekonomi sejak 15 tahun lalu.
Beliau juga berusaha mendapatkan sokongan negara Eropah untuk mendapatkan Turki diterima menjadi anggota Nato.
Dalam ertikata lain Recep Tayyip Erdogan telah mencapai kejayaan yang memuaskan biarpun berada dalam senario politik yang paling sukar.

Sekiranya ada pihak yang menyatakan Pas di pengaruhi oleh kumpulan pemimpin yang berkarisma dan berkebolehan seperti Recep Tayyip Erdogan,saya amat mengalukan,bukan setakat satu orang,jika semua pemimpin Pas begitu pun tiada masalah.
Namun saya yakin cerita ini adalah fotokopi kepada cerita 10 tahun lepas apabila ramai golongan professional membanjiri barisan kepimpinan Pas.
Phenomena tersebut telah memberikan impak yang sangat positif kepada perjuangan Pas keseluruhannya.
Malah untuk hal Erdogan, sekiranya ada orang seperti Recep Tayyip Erdogan dapat menggantikan PakLah Mac2009 ini,saya amat setuju.

No comments:

Post a Comment