Tuesday, January 13, 2009

Strategi BN hadapi Pas di PkrP36,Bocor

Petikan TKO.
Kertas ini bertujuan bagi mengemukakan cadangan pendekatan dan strategi kempen bagi membantu kemenangan calon BN di Parlimen Kuala Terengganu.
Selain daripada proses pengenalan calon dan harus difokus kepada pemuafakatan dalaman kerana BN harus ditonjolkan sebagai parti yang mempunyai kekuatan yang solid/ bersatu dlm menghadapi pembangkang. Strategi dibahagikan kepada tiga fasa, iaitui. Tiga hari pertama - Influential defensive
ii. Tiga hari kedua - Semi offensive
iii Tiga hari ketiga - Real offensive
Fasa PertamaDicadangkan tiga hari pertama diambil pendekatan yang memujuk, iaitu memfokuskan di sebalik beberapa kelemahan, rakyat tetap memberikan mandat kepada BN. Dan dalam konteks Terengganu BN berjaya mengambilalih dari PAS pada tahun 2004.Ini bermakna rakyat Terengganu memberikan sokongan dan keyakinan yang tinggi kepada BN. Mengambil pendekatan yang defensive, mengakui wujud beberapa kelemahan, mendekati rakyat dengan pendekatan yang
apologetik akan menjadi amat influential dalam menghasilkan sokongan.
Fasa KeduaTiga hari kedua dicadangkan supaya dibawa idea perpaduan. Memperkukuhkan perpaduan rakyat dari kalangan berbilang bangsa tetap menjadi keutamaan.Namun dalam PR Kecil KT ini harus difokuskan kepada perpaduan Melayu.
Ini adalah strategi serampang dua mata. Pertama, apabila memperkatakan soal keutamaan perpaduan Melayu adalah pendekatan terbaik untuk mendapatkan undi orang Melayu. Orang Melayu sifatnya lemah lembut, pemaaf dan suka kepada pendekatan ke arah kebaikan.Kedua, ditekankan soal bagaimana UMNO dan PAS sudah mula berbaik-baik. Beberapa pertemuan telah dibuat, sehingga menemui PM dan Presiden UMNO. Strategi kedua ini, gunanya untuk mencetuskan confius di kalangan PAS, di mana parti berpecah dua sama ada menyokong Anwar atau berbaik dengan UMNO.Strategi ini juga harus di spin kan betul-betul kerana ia akan menjauhkan pengundi PKR daripada menyokong PAS, malah golongan bukan Melayu juga akan ragu untuk mengundi PAS.Ada pandangan mengatakan di KT, Melayu pecah dua. Undi penentu adalah kaum Cina. Jika trend yang ada seolah-olahnya Cina cenderung kepada pembangkang, maka pendekatan ini boleh diambil untuk menjauhkan mereka daripada PAS, dan seterusnya abstain daripada mengundi.Fasa KetigaPendekatan psikologi amat penting dalam fasa ini. Offensive membuat serangan kepada Pakatan Rakyat, tanpa menggunakan senjata atau peluru BN. Gunakan peluru yang ditembak sesama sendiri oleh mereka. Contoh-contoh serangan offensive disertakan (Sila lihat attachment).Strategi ini dijangka berkesan untuk mewujudkan ketidakselesaan dan mungkin perpecahan di kalangan Pakatan. Aset utama Pakatan ialah Anwar. Bagaimanapun PAS Terengganu, khususnya Haji Hadi & Mustafa Ali memang jelas tidak menyenangi Anwar.Dicadangkan aspek serangan offensive difokuskan hanya kepada Anwar dan PKR sahaja. Dengan menggunakan serangan PAS terhadap PKR, bukan serangan BN terhadap PKR. Jika BN menyerang Anwar & PKR dengan peluru BN, ini hanya akan menimbulkan simpati dan perpaduan di kalangan Pakatan.Jika diprovok serangan PAS terhadap PKR. Dalam konteks ini bukan serangan yang diexaggerate, malahan fakta, ianya akan mencetuskan konflik di kalangan mereka.Yang lebih penting, sasaran risalah, kempen dalam isu ini difokuskan kepada pengundi tegar PAS & PKR sahaja.Latarbelakang KTAsasnya, Kuala Terengganu adalah crowd Melayu/ Islam. Mengambil pendekatan yang apologetik, humble dan down to earth. Jgn sesekali meninggi diri atau bercakap dengan nada keangkuhan. Org Melayu tidak gemar pemimpin atau calon yang dilihat sombong.Memperakui kelemahan Jika perlu diperjelaskan, kekalahan BN di empat negeri selain Kelantan, bukannya penolakan total atau kelemahan UMNO secara mutlak. Malah parti komponen juga ada kelemahannya.Namun sebagai parti tonggak BN atau parti 'abang', UMNO mengambil ttgjawab untuk memperakui terdapat beberapa kelemahan tertentu yang sedang di atasi dan diperbaiki.Kesinambungan mandatBagaimanapun BN bersyukur kerana walaupun tewas di lima negeri. namun rakyat tetap memberikan mandat kepada BN untuk menguasai Kerajaan Persekutuan. Mandat ini merupakan hasil kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kesinambungan pemerintahan Perikatan dan BN sejak zaman pra merdeka. POINTS untuk ucapan
Matang membuat perubahan
Peralihan kuasa
Idea perpaduan
Mengetepikan perbezaan politik
Mempertahankan kemuliaan agama, institusi Raja, ketuanan Melayu
Mempunyai pendirian yang sama
Perpaduan Melayu sebagai keutamaan, bukan kerana racist tetapi sebagai kaum yang majoriti, harus ada persefahaman erat
bagi memastikan jaminan kestabilan politik
Rapat dengan PAS, beberapa kali bertemu dengan PM
Meragui 16 september
Tiada jaminan persefahaman kerana tekanan PKR dan DAP
PAS tidak solid* Pls dont waste ur time answering all issues highlighted by opposition........
Subject: KT Paper
Sender: mat kedah abdullah matkedah@gmail.com
Petikan dari TKO artikel bertajuk Pendedahan Cadangan Pendekatan dan Strategi Kempen Kuala Terengganu.

1 comment:

  1. Strategi ini perlu diberi perhatian.
    Saya yakin pakar strategi PR mampu menangkis dan menyaingi mereka.
    Yang lebih penting kepada jentera parti yang berada dilapangan kempen betul betul melakukan aktiviti bertemu rakyat dari mata ke mata.
    ini lah realitinya,di alam nyata,inilah yang akan menjadi keputusan sebenarnya.
    jika strategi cantik,tapi hanya berkempen di dalam bilik gerakan,TV3 dan Rtm1,maka kesannya tak kemana.
    kertas kerja boleh dapat markah untuk pelajar di kolej,sekadar itu.
    Kepada rakan perjuangan,ingatlah
    Mereka merancang,Allah sebaik perancang.
    They plot,and Allah is the best plotter.
    Hasbunallahi wa ni'mal wakil.

    ReplyDelete