Wednesday, January 14, 2009

Nasihat terakhir buat Umno


Saya telah beberapa kali menulis seperti 10 tips untuk pihak lawan di PkrP36 dalan ruangan
komen siasah.blogspot.
10 faktor yang boleh membuatkan Pas menang majoriti 4000 undi dalam ruangan komen Tuan Nobisha.
Juga beberapa topik di dalam laman saya sendiri,seperti Umno sudah kendur dan lain lain lagi.
Sememangnya tulisan saya tidak penting langsung kepada Umno,bahkan ada mereka mengatakan hanya layak dibuang ke tong sampah.
Saya tidak terkilan.
Saya juga banyak membaca cadangan dan nasihat yang ditulis cerdik pandai Umno seperti Tuan Nobisha dan Tuan Bungaraya.
Apakah Umno telah mengambil hal tentang itu,tiadalah saya ketahui.
Di PrkP36 khususnya,satu demi satu berita yang tidak membawa rating positif kepada Umno terus didengari.
Calon tidak diperkenan.
Karektor calon begini begini.
Kempen pulak banyak tertumpu dalam bilik gerakan sahaja.
Tak pun dalam dewan yang tersusun kerusi nya dengan cantik.
Tak pun dengan audience wanita yang berpakaian `seragam`cantik cantik.
Takpun kempen waktu kerja panggil penjawat awam seperti guru dan lain lain.
Ini menunjukkan audience itu telah di 'fix'.
Tak original,bukan datang dari khalayak ramai.
Tidak menggunakan peluang mengikut isu semasa.
Berapa banyak laman pro-umno yang menengahkan isu Palestine contohnya selepas sidang Parlimen kelmarin?
Ada tak sesiapa yang menjelaskan pakej dan huraian Najib yang penuh 'harakat' menyampaikan ucapan di kongress ekonomi Islam ke3 kelmarin di PWTC?
Nampak seperti orang Umno sendiri tidak faham dan tidak dapat mengambil kebaikan menerangkan kepada rakyat akan perkara berkaitan ekonomi Islam itu.
Saya sudah siap berkira untuk menghadapi tulisan mengenai hal tersebut,namun melihatkan tiada sahutan hangat dari pihak pro Umno saya pun diamkan jugak.
Saya langsung tak terkilan,
Bahkan saya siapkan satu sample ucapan buat pemimpin Umno di malam 17hb nanti.
Ucapan berbunyi begini...
Kita bersyukur kerana telah berjaya menjalankan satu proses demokrasi dengan jayanya.
Sudah menjadi adat pertandingan akan ada yang kalah dan akan ada yang menang.
Kepada rakyat amnya,kemenangan calon Pas tersebut tidak akan merubah kedudukan kerajaan BN.
Kepada semua calon,pengundi,petugas dll Umno saya ucapakan terimakasih atas usaha tuan tuan dan saya berharap semua menerima kekalahan ini dengan sabar dan fikiran terbuka.
bla bla...
Wassalam.

5 comments:

  1. Saya tidak menyangkal akan kebermungkinannya PAS akan menang. Demikian juga sebaliknya UMNO akan menang besar dalam prk Kuala Trengganu ini pada 17hb Jan 2009 nanti. Itu kemenangan adalah kerja Allah SWT. Kita manusia hanyalag merancang dan berusaha serta berdoa kepada NYA sahaja. Saya sentiasa berhubung dengan rakan-rakan di Trengganu yang tidak ada sangkut paut dengan kerja PRK disana. Ertinya mereka membuat pernilaian secara tidak berpihak. Saya tahu ji9ka ada sesiapa yang boleh meramal akan kebermungkinan kemenangan PAS maupun UMNO, itu satu ramalan dusta dan saja meraih propaganda yang sangat berpihak. Bukan seperti di Permatang Pauh yang sangat jelas dan nyata untuk dibuat ramalan.

    ReplyDelete
  2. terima kasih,
    saya menerima tulisan tuan dengan positif.

    ReplyDelete
  3. kalo menang pun tak membantu rakyat, buat ape??? yang penting sekarang ni, rakyat tempatan boleh menilai dgn bijak siapa buat keje siapa x..da menilai, pilih la.. keputusan anda bukan untuk esok lusa jek.. fikir gak kebajikan anak cucu anda...

    ReplyDelete
  4. saya tak pasti cik simen kenen saya ke,
    nilaikan siapa buat kerja baik,siapa buat kerja buruk/jahat juga,
    hu,hu

    ReplyDelete
  5. Setelah penat berusaha melihat kelemahan dan kekuatan diri dan akhirnya siapa yg menang pokoknya adalah ketentuan Allah swt.
    Yang menang anggaplah itu adalah amanah berat yg harus terlaksana
    dgn keikhlasan dan kejujuran. Siapa yg kalah tidak hanya berkata ianya ketentuan Allah semata-mata tetapi harus menjadi iktibar untuk membaiki kelemahan menepis dakyah pihak lawan atau sememangnya ada byk kesalahan yg telah dilakukan.Pergaulan dgn genarasi muda memberi petunjuk bahawa mereka mahu ruang yg lebih terbuka mereka mahu melihat banyak perdebatan dlm merungkaikan permasalahan sesuatu isu.Maklumat dari media cetak, tv dan blog tidak hanya diterima
    bulat-bulat tetapi telah ditapis setelah membuat perbandingan dgn membaca kedua-dua media parti yg berlawan. Siapa yg mengelak utk berdebat dianggap phak yg tidak benar.Ada satu peringatan salah seorang pemimpin BN rentetan keputusan PK KT. Pemimpin itu mengingatkan bahawa
    sudah tiba masanya kita (pemimpin BN) tidak boleh beranggapan bhawa kita sentiasa lebih mengetahui dpd rakyat dlm setiap isu yg kita hadapi. Ini bermakna idea rakyat utk melibatkan diri dlm permasalahna negara tidak harus dikesampingkan.

    ReplyDelete