Dialog dengan Jemaah Tabligh
Sebolehnya saya ingin mengelak dari berhujah secara terbuka .
Namun,moga keterbukaan ini membawa kebaikan bersama.
Saya yakin saudara datang dari jemaah yg ingin melihat syiar agama Allah dilaksanakan diatas mukabumi milik Allah ini.
Perbincangan perlu lebih mendalam dan mungkin disalah ertikan seolah dua kumpulan Islam bertelagah akan KAEDAH mereka.
Minta yang baik diterima,yang salah dan kurang Allah ampunkan saya,yang aib Allah lindungi saya.
Saudara,
Perkara 1.
Tidak menerima perlembagaan sekarang.
Kami juga begitu ingin tukarkan kepada perlembagaan bersumberkan Quran dan Sunnah sepenuhnya.
Perkara 2.
Tidak menerima kaedah demokrasi,kerana ,
Sebagai contoh 10 orang mengundi samada hendak memakai tudung tidak.
Sekiranya 6 orang undi tidak,maka tidak bertudung mereka hari itu.
Saudara mempunyai beberapa pilihan:
1.Raja atau Sultan yang sepenuhnya memerintah negara dengan undang2 Islam seperti Arab Saudi.
2.Kaedah seperti di Somalia dan Afghanistan(saudara faham).
Kedua kaedah ini tidak salah.
Akan tetapi saya yakin kaedah saudara adalah yang ketiga iaitu.
Mengajak semua kembali kepada Allah dengan solat di rumah Allah.
Kerana dengan solat maka tertegahlah manusia dari melakukan fahsa' dan mungkar.
Kaedah ini adalah yg terbaik...(preventive/forward measure/preemptive measure)
Tetapi untuk melaksanakannya bukankah saudara sering kata seru dan suruh kepada kebaikan dan TEGAH yang mungkar.
Saudara pasti arif dengan susunan tegah dengan hati,mulut dan tangan.
Di mana menegah dengan hati itu selemah iman
Dengan tangan itu bukan kah memerlukan kuasa.
Bukankah feqah itu datang dengan HUKUMAN juga selain daripada HUKUMnya.
Tegahan dan perlaksanaan hukuman memerlukan undang2 Allah dan kuasa pemerintahan.
Perkara 3.
Benar saudara meminta kita dahulukan diri kita,keluarga dan masyarakat.
Tetapi siapakah yang hendak memastikan suasana diluar yang sentiasa menghulurkan madu dirangkaian 1,racun di rangkaian 2.
Pilih yang mana satu.
Bukankah pihak pemerintahan wajib memastikan seluruh environment adalah ber roh kan Islam,berajakan hukum Allah.
Perkara 4.
Barangkali saudara tidak senang kerana kami sentiasa 'menentang' kerajaan pusat.
Saudara harus sedar,bukankah Nabi Allah Musa a.s dan Nabi Allah Ibrahim a.s diutuskan untuk menentang Raja,Ketua Negara,Kerajaan yang menguasai seluruh dunia.
Iaitu Namrud 2000 tahun,Firaun-firaun 5000 tahun..bukan 51 tahun!
Perkara 5.
Kita sangat bersyukur kerana saya "andaikan" ABIM dan JIM telah bersama perjuangan kami.
(mereka boleh nafikan jika sebaliknya)
Mereka adalah organisasi yang organised,displin,systematik dan berpengaruh.
Kehadiran mereka adalah rahmat dari Allah.
Sekiranya jemaah saudara yang juga sangat effektif,displin,organized dan systematik bersama kami..alangkah indahnya.
Kaedah boleh berbeza,bila tiba kepada kesamaan,kita boleh berkerjasama.
Wahai saudaraku saya tidak bermaksud untuk bertelagah dengan pihak saudara,kesudian pihak saudara dalam berbincang amatlah dialukan.
Kerjasama kita akan membawa kepada kesempurnaan pejuangan yang akan "complement each other".
Untuk bekerjasama saudara tidak perlu menukar jemaah anda kepada kami,cukup sekadar memberikan sokongan.
Ruling Parti sekarang sememangnya tidak risau kepada saudara kerana saudara tidak mengundi.
Mereka lebih senang jika saudara kekal sebegini.
Seandainya saudara mengundi saya yakin saudara akan memihak kepada yang mahukan Islam memerintah.
Dengan itu saya menyeru pihak saudara marilah kita berkerjasama.
Wassalam.
hehe..
ReplyDeleteNi kena buat jemaah perpaduan ni..wakaka
Salam,
ReplyDeleteNak ke tabligh sokong korang hahaha ? Asyik kena kencing dgn DAP je skrg nie
Setau aku, Nabi Musa dakwah Firaun bukan nak rampas kuasa dia sebagai raja ... hanya nak Firaun beriman dan kekal terus memerintah ..
Nabi Muhammad SAW hantar surat kepada raja Parsi, Rom dan sebagainya bukan nak rampas kuasa mereka sebagai raja. Hanya nak mereka beriman kepada Allah dan RAsul .. pandai la korang ni putar belit fakta
Jika itu hasrat tuan hamba, dipersilakan kemuka buah fikiran ini kepada Syura seDunia kami di Nizamuddin, Maulana Saad Kandahlavi dan Maulana Zubir. Jika mereka berdua setuju, insyaallah kita akan bergerak bersama-sama.
ReplyDelete^_^