Friday, January 2, 2009

Hilang sudah suara Pembangkang

Semenjak dua menjak ini sudah tiada lagi kedengaran panggilan atau gelaran pembangkang.
Tak tau lah dalam media cetak berita dah tak hairan atau utusan dah tak mau.
Tetapi yang pasti di dalam dunia maya memang sudah tidak disebut lagi.
Ya lah kalau nak kata pembangkang tu gini,pembangkang tu gitu.
Siapa pembangkang?
Di negeri ni parti ni,dinegeri tu parti lain pulak jadi pembangkang.

Ini adala satu petanda baik kepada pemahaman erti demokrasi.
Mari kita lihat demokrasi di negeri `maju?`seperti Amerika dan United Kingdom.
Ada Labour dan Conservative di UK dan ada Republican dan Democratic di USA.
Di Uk sekarang Labour yang jadi ruling parti,di USA bakal Obama dari Democratic akan menjadi ruling parti.
Mereka tidak lagi memanggil yang parti yang kalah sebagai pembangkang,malah parti yang kalah akan membentuk kabinet bayangan.

Di sini kini sudah terbentuk dua parti yang dikenali Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.
Semua pihak samada penyokong ,pendokong dan yang berkaitan dengannya di klasifikasi atau dirujuk sebagai pro-PR atau Pro-BN.
Kan senang gitu.

Maka faham lah rakyat apa itu Ruling Party.
Maka faham lah ruling parti bahawa negara ini bukan ana yang punye..

5 comments:

  1. Memang parti yg tewas tidak wajar digelar parti pembangkang, sebab bila disebut pembangkang maka jadilah ia seolah-olah pembangkang yang totok - pure opposition- yg akan membangkang apa sahaja, hatta perkara yg baikpun akan dibangkang. Sedangkan hakikatnya apa yg digelar pembangkang turut menyokong sesuatu yang bersifat murni. Perunding nak cadangkan nama apa bagi menggantikan gelaran pembangkang?

    ReplyDelete
  2. tak perlu ada panggilan pembangkang terus.
    semua ahli politik dikenali mewakili parti mereka.

    ReplyDelete
  3. Yang diharapkan si pemerintah jangan zalim - ego - tamak - menipu rakyat! Si Pembangkang pula jangan selama-lamanya berfikiran membanmgkang - mesti berfikiran untuk memerintah bagi membetulkan keporakperanda negara yang dilakukan oleh pemerintah masa kini.

    ReplyDelete
  4. UMNO/BN TERASA BAHAWA MEREKA MEMERINTAH SAMPAI KIAMAT - PAKATAN RAKYAT PULA KEBANYAKANNYA MASIH TEBAL DENGAN CARA MEMBANGKANG - RAKYAT SENTIASA DIKELIRUKAN OLEH UMNO/BN BAHAWA KERJA PAKATAN RAKYAT HANYALAH MEMBANGKANG - INILAH FIKIRAN MEDIA ARUS PERDANA SITOLOL HANYA MENJAGA PERIUKNASI - BUKAN PERUNDINGPERIUKNASI YA!

    ReplyDelete
  5. TANJUNG MALIM KE SELAMA,
    ALUR MEMBUJUR SALAM HIDAYAT;
    PEMERINTAH ZALIM TIDAKKAN LAMA,
    PEMBANGKANG JUJUR SANJUNGAN RAKYAT.

    ReplyDelete