Saturday, January 3, 2009

Red Indian,Eskimo,English,Jepun,China,India semua tutup Aurat

Mari kita perhatikan pakaian traditional Red Indian,Eskimo,Inggeris,Jepun,Cina dan India.
Iaitu pakaian asal yang dipakai wanita berketurunan tersebut.

Wanita Red Indian,pakaian menutup seluruh badan beserta selimut tebal lagi kerana sejuk.
Wanita Eskimo,pakaian menutup seluruh badan dengan tebal tanpa menunjukkan bentuk badan berserta topi yang menutup kepala menampakkan bahagian muka sahaja.
Wanita India melilit badan mereka dengan sari yang berapa meter pangjang berserta selendang.
Wanita Jepun dengan Kimono yang mengembang dan tidak menampakan bentuk badan.
Wanita Cina dengan CheongSam yang menutupi seluruh badan sampai ke leher.
Wanita Inggeris dengan gaun labuh dan kembang serta menutup kepala dengan topi.

Apa cerita ni perunding?

Islam itu fitrah.Segala yang disuruh Islam juga menepati fitrah.
Pakaian menutup aurat itu sesuai untuk semua bangsa,tempat,keturunan,suhu dan keadaan.

Minah orang putih pakai seksi?
Mampuih..kita semua kena tipu dek wayang!!
Mana ada.Negeri dia orang sejuk 9 bulan dalam setahun.
Sejuknya mereka terpaksa pakai kasut boot kulit paras betis,stoking pure wool,kain atau seluar panjang yang tebal,baju tebal,tambah lagi overcoat,sarung tangan leather,scarf pure wool dangan topi.
Nampak tak.
Bila masa nak berseksi.!

Jadi perunding mana pakaian Muslim nya.?
Tadi tu kiasan,analogi.
Wanita Muslim kenalah pakaian ikut dalam Quran,Hadis yang disampaikan oleh ilmuan agama kita lah.
Buah terbaik macamana,mesti kena bungkus kan?
Tanya orang berladang pisang ke,betik ke,jambu ke,cempedak ke,macamana?

Dah tu perunding.Nak berbungkus lah wanita kita.?
Extreme nampak.

Makam 1,bungkus habis lah.Makam 2,nampak muka dan tapak tangan,ok lah.
Macam wuduk basuh kepala tu lah,power punye seluruh kepala,minimum punya tempat tumbuh 3 helai rambut.

Pemimpin kena masuk campur tak hal ni?

6 comments:

  1. pakaian tradisional juga menutup aurat seperti baju kurung dan tudung nya.

    kebaya tu...tak berani nak kata sebab memang ghairah bila tengok melentik semacam je bumpernya.

    benda ni hal individu...tapi kalau kerajaan nak kuat kuasakan macam di kelantan contohnya : tak boleh guna tumit tinggi...memang bagus...saya sokong!

    ReplyDelete
  2. tambah sikit lagi...

    yang penting perangai tu...

    pakai tutup perabis pun kalau tergedik-gedik dan campak semua bila ada peluang buat maksiat...apa gunanya penguat kuasaan...

    ReplyDelete
  3. ya lah zali,
    pakaian campur akhlak,
    termasuk lah cara cakap,cara ketawa,cara jalan,adab,sopan santun dll.

    macam buah tadi,baja pun kena ok gak.

    ReplyDelete
  4. Salam.
    Allah dah atur semuanya indah belaka tapi manusia je yang sering mengingkariNya. Pembentukan jati diri Islam adalah penting bagi menghindari diri daripada gejala yang merugikan diri.

    ReplyDelete