Saturday, January 31, 2009

Leceh Tunggu Bungee Jumping,Layan Sini

Gambar ni saya cilok dari blog pengunjung saya http://rodelfaragnow.blogspot.com/.
Seorang pelajar di Mesir,seronok beliau melawat dan mngambil gambar pyramid.
Saje bawak cerita ni, boring tunggu ahli politik kata nak buat bungee jumping.
Dok tunggu tunggu, acah acah.
Lagi pun datang idea tengok blog mamat student ni.

Fokus saya hanyalah apakah pyramid tu.
Ia adalah kubur.!!!!
Apalah manusia zaman sekarang ni.Kubur jadi tempat melancong.
Mana pergi mayatnya.?
Dek kerana tamadun Mesir ketika itu sangat maju, mereka berjaya mengawet mayat sehingga masih elok sehingga ke hari ini.

Kenapa mayat boleh diawet tahan ribuan tahun?
Kerana mereka menemui kaedah saintifik untuk menahan reputan dengan cara menghalang atau membunuh bakteria dan apa yang sewaktu dengannya.
Saintis Mesir guna teknik awet kering.
2000 tahun sebelum itu, saintis tamadun Cina menggunakan teknik basah (liquid mummy).
Lagi fresh tau.Segar bugar mummy tu. eee!

Kalau mayat pun boleh diawet, orang hidup boleh jamin tak sakit tak?
Boleh.Sebab tu firaun tu kalau dengar cerita ustaz kan tak pernah sakit seumur hidup lalu dia mengaku tuhan.

Kalau gitu ada jutaan lah mummy!!!
Ya benar. Tapi semua dah dibuat kayu api dek penjajah Inggeris zaman dia perintah 200 tahun dulu.
Di campak semua kedalam enjin keretaapi menggantikan arang batu atau arang kayu.

Cuma pyramid tu kubur pembesar dan raja Mesir.
Di panggil firaun, dalam bahasa Gipti 5000 tahun dulu dipanggil Phera, yang bermaksud dalam bahasa Melayu (mari belajar sejarah dalam bahasa Melayu)bermakna Yang memiliki Mahligai.
Pyramid adalah tinggalan dari kerajaan besar Egypt yang memerintah selama 5000 tahun bermula kira kira 7000 tahun lalu.
Disembunyikan di dalam pyramid supaya tak kena kebas.
Tapi habis kena sapu barang emas,perhiasan dan segala yang ada oleh (di panggil penjarah kubur).Eleh sedap pulak nama.

Eh..kawan.kenapa Allah biarkan kubur tu ada lagi.
Ya lah Allah nak hina firaun yang dok ngaku tuhan tu.Akhirnya tinggal kubur je.
Hallo kawan..cuba fikir kalau kubur firaun-firaun sebesar itu di kawasan seluas itu,ya lah kubur 5000 tahun punya raja, rasa rasa nya mahligai dia besar mana??
KLCC dia tinggi mana??? Putrajaya dia besar mana???

Tinggi melangit.Tak caya.Surah Al-Ghafir ayat 36 dan 37.
Kat situ juga movie Yahudi dapat idea Star Gate.
Mana ada teknologi nak buat gitu.??
Hai bang...firaun kata kota aku sepanjang sungai Nile ni.
Sungai ni bawah perintah hujung kaki aku je(menguasai aliran dengan sistem empangan canggih).tak ingat pulak ayatnya.
hah ni dia,
Tengok surah Zukhruf ayat 51...bukankah kerajaan Mesir ini kepunyaan ku dan sungai2 ini mengalir dibawahku.
Takpe lah yang ni satu lagi.
Tengok sini Al`Qasas ayat 38. ..bakarkan aku...tanah liat..
Bab ni tolong lah jangan percaya National Georaphic ke, History Chanel ke, semua tu yahudi punye weh..
Tengok batu blok binaan pyramid (kawan kita tu tunjuk banyak gambar).
Elok je bongkah2 dipotong dan dicantumkan membentuk bangunan pyramid.
Saintis Yahudi kata depa dulu potong dengan tangan, satu blok amik masa 4 bulan.
Ye lah Yahudi nak buat orang kesian sebab buruh binaan tu ialah orang Yahudi semuanya dijadikan hamba oleh kerajaan Mesir. huk..huk..
Tengok ayat ni...kamu dijadikan hamba(cari sendiri lah) (nanti saya carikan..dah nak maghrib ni)
Ni dia ayatnya Surah AsySyuara' ayat 22....engkau telah bertindak memperhambakan Bani Israel.
Tapi ingat juga..ahli korporat juga Yahudi..namanya Qarun.
Ada juga ayatnya... sini AlQasas ayat 76..Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Musa....

Sebenarnya batu itu diproses dengan teknologi tertentu seperti kita membuat bata sekarang.
Asal batu juga dari tanah.
Batu terjadi akibat pembakaran tanah pada suhu dan tekanan tertentu.
Tanah yang dibakar keras...ayat surah Al-Fil..jadi uranium dan plutonium.
Batu yang terbakar pada suhu dan tekanan tertentu pula boleh menjadi kaca atau permata.
Tengok kes gunung berapi dan tahi bintang jatuh ke bumi...alah cerita dinasour tu.
Apa jadi kat tulang dinasour?alah jadi minyak bawah negara Islam lah..le..

Balik cerita firaun..jangan percaya cerita saintis..ingat.
Bersambung......

Siapa kata Umno tak Sayang Puteri!~ref Malaysiakini

Nah bukti terjalin ikatan rasmi Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Perlis, Abdul Jamil Saad, 47, melangsungkan perkahwinan dengan bekas Ketua Puteri UMNO Perlis, Marzita Mansor.

Sayangkan Wanita Umno pukul pukulkan, maksudnya tegurkan.
Sayangkan Puteri Umno pinangkan.

Barangkali orang yang mencadangkan pembubaran itu melihat puteri sebagai cucunya, wanita sebagai menantunya, jadi kena jugak lah nasihat macam tu.
Akan tetapi tentulah mereka tu yang tengah bercita cita tinggi politik, tak mau dibubarkan, potong stim lah orang sedang rancak berkempen.

Friday, January 30, 2009

Erdogan Bukan Setakat Hero Pas! Malah Hero Dunia!~Malaysiakini



Erdogan semasa forum bersama Peres di Davos menemplak pemimpin Yahudi sebagai Trigger Happy Killer.

Beliau bercakap betul betul di depan muka pemimpin Yahudi tesebut barangkali disaksikan secara live seluruh dunia.

Dan pasti laporan seterusnya menyusul kemudian ke seluruh dunia.

Seluruh dunia Islam menganggap beliau hero.

Selama ini di Malaysia ada pihak propaganda parti tertentu selalu mengaitkan pemimpin Pas dengan Erdogan.

Tentulah label ini memberi credit positif kepada Pas.!

Posting saya sebelum ini Recep Tayyip Erdogan .

Pekan Kecil Rohingya di Selayang~ref Malaysiakini

Mungkin tidak ramai menyedari bahawa terdapat lebih kurang 3000 orang pendatang Rohingya tinggal menetap di Selayang.
Majoriti mereka bertumpu di rumah kedai di pusat komersial Selayang berdekatan dengan Pasar Borong Baru.
Menariknya di Jalan 2/3A ini terdapat 10 buah Bank terkemuka Malaysia beroperasi di siang hari.
Di waktu malamnya bertukar menjadi kampung Rohingya yang sibuk sehingga ke pagi.

Kenapa mereka ini tidak pernah diganggu gugat oleh sebarang pihak berkuasa.?
Pertama mereka ini dipercayai mendapat perlindungan UNCHR, di klasifikasi sebagai perlarian perang.
Kedua mereka tidak mengganggu penduduk tempatan kerana mereka telah membentuk komuniti sendiri yang lengkap dengan perniagaan runcit, kedai jahit, dobi, baju bundle, restoren dan juga surau serta kelas mengaji dan menghafaz.
Surau mereka sungguh mengkagumkan, menggabungkan 2 unit rumah kedai, mempunyai imam tetap sebagai contoh seorang hafiz muda bernama Jamaluddin.
Pernah satu petang, mereka ada program jemputan seorang maulana, maghrib petang itu bergilir 3 shift dek kerana ramai yang hadir.

Faktor ketiga kenapa mereka tidak diganggu dan menjadi faktor terpenting ialah kerana mereka adalah nadi kepada ekonomi Pasar Borong Selayang.
Mereka adalah sumber buruh paling reliable dan murah untuk semua tokeh tokeh di situ.
Semua tokeh sayur, buahan, ikan, daging, makanan kering, kedai borong dan segala tokeh di situ memerlukan mereka.
Siang hari mereka bekerja di kedai borong,pasar borong baru dan pasar borong lama.
Malam mereka lebih sibuk,tak kira yang perempuan dan lelaki, mereka bekerja di semua tempat tersebut termasuk juga pasar larut malam hingga ke pagi.

Barangkali jika yang tersadai di Sabang itu, berjaya mendarat di Malaysia, menjadi sebahagian dari komuniti ekonomi Selayang.

Cuba orang Umno Renung Sebentar~ref Malaysiakini

Siapa lagi hero mereka.
Siapa lagi yang tinggal untuk harapan mereka di peringkat negeri.

Perlis,ada Isa Sabu, dah lah low profile, Hashim Suboh kata topeng je.
Ada Shahidan ada pulak seteru dengan Radzi.

Kedah,semenjak kalah, dan MB Kedah dari Pas,saya dah tak kenal dan tak tahu siapa bos Umno kat situ.
Penang,siapa ekk.
Perak,itu hari ingat sama kuat dengan PR,suspen jugak.
La ni dah terburai.Takde fight dah.PR boleh sengih dah.

Selangor,semenjak dua menjak ni teruk jugak MB Khalid yang kebal tu kena bantai.
Tapi nampak steady je dia.Pkr, Dap, Pas memang mantain.
Umno nak harapkan Khir Toyo je lah.
Tapi Khir Toyo tinggal blog dia je lah kalau kalah Ketua Pemuda.
Nak lawan Mukhriz,nak lawan KJ, huh berpeluh.
Kalah je, Mat Taib debushhh.finishhhhh.

Pahang,adalah Adnan.Tapi Pahang nampaknya tengah hutan pun bergelora.
Curi balaklah,curi tulang lah,petualang wang lah.
Negeri Sembilan,okay lah lagi.Cuma Dap kuat tu.
Melaka,boleh mintak tolong Shah Rukh Khan.Lain pada tu kojol.

Terengganu,memang Mad Said bekeng(garang),Mad Deris macho, tapi Wan Farid the only tempat ada pengundi Cina boleh kalah.
Mau kalau tempat 100% Melayu, habis Pas sapu.
Kelantan,serik dah.Siapa Anuar,Adib,Mustapa,Ku Li,tok leh buat apa.

Johor.Umno lagilah.
Sabah Sarawak bukan Umno directly.
Perlahan-lahan Umno kekurangan hero harapan mereka.

Perak Tug-of-war,Siapa Tumbang~ref Malaysiakini

Seperti dalam pertandingan sukan tarik tali,dua pasukan yang sama kuat akan memberikan saingan sengit.
Berganjak pun seinci dua je.
Yang paling gagah menjadi anchor.

itulah gambaran cerita tarik menarik ahli Pkr dan Umno di Perak.
Mulanya mengejut Adun Bota ditarik ke kem Pkr.
Pantas anchor Perak kata 2 Adun Pkr pula akan ditarik ke kem Umno.
Ditarik pula oleh MB PR bahawa 3 lagi Adun Umno akan tertarik dek Pkr.

Begitulah sengit perlawanan mereka,nampak macam stale mate.
Namun malam tadi barisan pasukan Umno rebah.
Anchor mereka diletakkan jawatan.
Dalam tug-of-war, jatuh anchor, berderai yang lain tersungkur.

Habis cerita tarik menarik.
Begitu sahaja.

3G


Wanita,Puteri,Pemuda/Putera.
Gebu,Gedik,Gendut.
Cuba baca poster tu.
Sprm jangan campur tangan kami menyuap.
Pe Ngap Matawang.
Jangan amik hak ahli umno amik apa apa.
Kami nak sapu RM boleh blah.

Sah Najib diLantik PPBUM,bukan Jadi PM~ref Malaysiakini

Sah selepas mesyuarat MT Umno semalam Najib dilantik menggantikan Tajol Rosli sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak.
Untuk perhatian jangan terkeliru bukan dilantik jadi PM!.

Fakta yang ada di sini ialah Tajol Rosli dah lepaskan jawatan kesayangannya yang terakhir dapat dipetahankan selepas kejatuhan Perak ke PR umumnya dan kehilangan jawatan MB turun temurun dari bapanya.
Tajol lepaskan dengan rela,reda,terpaksa,dipaksa tiadalah saya nak ambik tahu.
Sayang Yop jawatan ni,tengok sedara awak tu Shahidan dengan Md Deris mau nak dilepaskan.
Tak rela aku melainkan...

Fakta yang kedua ialah tentulah peranan Najib hanya sebagai simbol memegang kuasa Umno di Perak.
Manalah cukup masa abang tu.
Tentulah operasi harian dan kuasa eksekutif harian terletak pada tangan Zahid Hamidi yang tuah bergolek menjadi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak.
Tapi takpelah Zahid, sekarang nampak baik dengan Paklah, dulu Anwar, dulu dulu Najib.
Macam rotate je, lepas ni turn Anwar semula.

Boleh lah Umno Perak duduk diam sekarang.
Bagi chance kat Umno Perlis pulak.

Thursday, January 29, 2009

Umno Berubah masuk Gear Reverse~ref Malaysiakini

Ramai yang cuba menyahut seruan agar Umno berubah.
Seorang dari Terengganu kata elok kita kompromi.
Maknanya kita tak perlu bertanding dalam pemilihan parti nanti.

Kompromi memang elok, terutama dalam situasi selepas menang di Terengganu,
siapa nak jadi MB.
Kalau ada lebih dari satu pilihan, satu pilihan Raja, satu pilihan PM.
Ketika itu eloklah 2 calon tu berkompromi.

Dalam pemilihan pemimpin, pertandingan amat penting.
Bayangkan kita tak perlu buat Liga Bolasepak Malaysia.
Kalau bertanding, nanti bergaduh, nanti penyokong bergaduh.
Kalau nak berlawan jugak, kita buat perlawanan persahabatan.
Habis sukan Malaysia, ahli sukannya nanti jadi boyak.

Begitulah dalam parti politik, pertandingan akan memeriahkan suasana.
Yang terbaik dapat dicari.Jentera kempen akan aktif sebagai satu latihan menghadapi pertandingan sebenar dalam pilihanraya umum.

Seorang lagi kata bubarkan sayap sayap parti supaya kurang rasuah.
Ini masuk gear reverse,tekan minyak laju-laju.
Kurang sayap, kurang ahli, kurang aktiviti, kurang orang yang terlibat dalam kempen pemilihan, hanya mengurangkan KOS rasuah.
Ialah dah kurang orang yang perlu diberi rasuah.
Barangkali kos rasuah dah semakin meningkat semenjak kos kehidupan meningkat ni.

Eloklah kau orang Umno fikir 2,3 kali lagi.