Thursday, January 29, 2009

Umno Berubah masuk Gear Reverse~ref Malaysiakini

Ramai yang cuba menyahut seruan agar Umno berubah.
Seorang dari Terengganu kata elok kita kompromi.
Maknanya kita tak perlu bertanding dalam pemilihan parti nanti.

Kompromi memang elok, terutama dalam situasi selepas menang di Terengganu,
siapa nak jadi MB.
Kalau ada lebih dari satu pilihan, satu pilihan Raja, satu pilihan PM.
Ketika itu eloklah 2 calon tu berkompromi.

Dalam pemilihan pemimpin, pertandingan amat penting.
Bayangkan kita tak perlu buat Liga Bolasepak Malaysia.
Kalau bertanding, nanti bergaduh, nanti penyokong bergaduh.
Kalau nak berlawan jugak, kita buat perlawanan persahabatan.
Habis sukan Malaysia, ahli sukannya nanti jadi boyak.

Begitulah dalam parti politik, pertandingan akan memeriahkan suasana.
Yang terbaik dapat dicari.Jentera kempen akan aktif sebagai satu latihan menghadapi pertandingan sebenar dalam pilihanraya umum.

Seorang lagi kata bubarkan sayap sayap parti supaya kurang rasuah.
Ini masuk gear reverse,tekan minyak laju-laju.
Kurang sayap, kurang ahli, kurang aktiviti, kurang orang yang terlibat dalam kempen pemilihan, hanya mengurangkan KOS rasuah.
Ialah dah kurang orang yang perlu diberi rasuah.
Barangkali kos rasuah dah semakin meningkat semenjak kos kehidupan meningkat ni.

Eloklah kau orang Umno fikir 2,3 kali lagi.

2 comments: