Mungkin tidak ramai menyedari bahawa terdapat lebih kurang 3000 orang pendatang Rohingya tinggal menetap di Selayang.
Majoriti mereka bertumpu di rumah kedai di pusat komersial Selayang berdekatan dengan Pasar Borong Baru.
Menariknya di Jalan 2/3A ini terdapat 10 buah Bank terkemuka Malaysia beroperasi di siang hari.
Di waktu malamnya bertukar menjadi kampung Rohingya yang sibuk sehingga ke pagi.
Kenapa mereka ini tidak pernah diganggu gugat oleh sebarang pihak berkuasa.?
Pertama mereka ini dipercayai mendapat perlindungan UNCHR, di klasifikasi sebagai perlarian perang.
Kedua mereka tidak mengganggu penduduk tempatan kerana mereka telah membentuk komuniti sendiri yang lengkap dengan perniagaan runcit, kedai jahit, dobi, baju bundle, restoren dan juga surau serta kelas mengaji dan menghafaz.
Surau mereka sungguh mengkagumkan, menggabungkan 2 unit rumah kedai, mempunyai imam tetap sebagai contoh seorang hafiz muda bernama Jamaluddin.
Pernah satu petang, mereka ada program jemputan seorang maulana, maghrib petang itu bergilir 3 shift dek kerana ramai yang hadir.
Faktor ketiga kenapa mereka tidak diganggu dan menjadi faktor terpenting ialah kerana mereka adalah nadi kepada ekonomi Pasar Borong Selayang.
Mereka adalah sumber buruh paling reliable dan murah untuk semua tokeh tokeh di situ.
Semua tokeh sayur, buahan, ikan, daging, makanan kering, kedai borong dan segala tokeh di situ memerlukan mereka.
Siang hari mereka bekerja di kedai borong,pasar borong baru dan pasar borong lama.
Malam mereka lebih sibuk,tak kira yang perempuan dan lelaki, mereka bekerja di semua tempat tersebut termasuk juga pasar larut malam hingga ke pagi.
Barangkali jika yang tersadai di Sabang itu, berjaya mendarat di Malaysia, menjadi sebahagian dari komuniti ekonomi Selayang.
No comments:
Post a Comment