Friday, January 30, 2009

Sah Najib diLantik PPBUM,bukan Jadi PM~ref Malaysiakini

Sah selepas mesyuarat MT Umno semalam Najib dilantik menggantikan Tajol Rosli sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak.
Untuk perhatian jangan terkeliru bukan dilantik jadi PM!.

Fakta yang ada di sini ialah Tajol Rosli dah lepaskan jawatan kesayangannya yang terakhir dapat dipetahankan selepas kejatuhan Perak ke PR umumnya dan kehilangan jawatan MB turun temurun dari bapanya.
Tajol lepaskan dengan rela,reda,terpaksa,dipaksa tiadalah saya nak ambik tahu.
Sayang Yop jawatan ni,tengok sedara awak tu Shahidan dengan Md Deris mau nak dilepaskan.
Tak rela aku melainkan...

Fakta yang kedua ialah tentulah peranan Najib hanya sebagai simbol memegang kuasa Umno di Perak.
Manalah cukup masa abang tu.
Tentulah operasi harian dan kuasa eksekutif harian terletak pada tangan Zahid Hamidi yang tuah bergolek menjadi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak.
Tapi takpelah Zahid, sekarang nampak baik dengan Paklah, dulu Anwar, dulu dulu Najib.
Macam rotate je, lepas ni turn Anwar semula.

Boleh lah Umno Perak duduk diam sekarang.
Bagi chance kat Umno Perlis pulak.

No comments:

Post a Comment