Saturday, January 10, 2009

Duhai Umno

Resah gelisah dan meragui pilihan calon mereka selepas 20 hari dipilih dan 3 hari berkempen.
PakLah! terpaksa menerangkan semula kenapa calon ini dipilih.

DrM terang terang memberikan 2 sanggahan tepat kepada calon.
Faktor karektor calon dan kaitan dengan Paklah menurut Che Det.
Dua perkara ini amat berat.

Tiada semangat di kalangan ahli Umno.
Berkempen dalam tempat sendiri(bilik gerakan) dan mengharap TV3 dan RTM je.
Lebih berminat dengan hal masing2 terutama pemilihan Mac depan.

Tidak jelas siapa yang mengetuai kempen.
Mat Taib,Mat Said,Najib,PakLah,entah.
Kisah tepi kain masih segar lagi.
Mat Said tak senang dengan Idris dan lain lain lagi.

Lebih bersikap defensive dan peluang menyerang tercari cari.
Asyik keluar penyataan penyedap hati.
Alasan bukan kayu ukur diri seawal awal diberi.
Takut diserang kemudian hari.
Terasa terngiang ngiang undi lari.

Sayap wanita mulut kata takde apa,
body language meronta ronta.
Sayap pemuda pecah tiga.
Aku ke dia.

Cuba lari dari isu nasional tapi isu tempatan sangat lemah.
Motif calon kembali tidak jelas kerana semata mata untuk mendapatkan jawatan sedia ada.
Persepsi tidak mesra rakyat,elitis memburukkan keadaan.
Rakyat kata boleh belah.
Ok.Tau takpe.

Cuba bawa isu international,tapi Pas nampak lebih bersungguh.
Malah Che Det tampak lebih gagah.

Calon Pas tampak lebih steady.
Sudah lama,mesra dan sebati dengan rakyat dan negeri.
Tak kira Cina,India atau puak sendiri.
Kesana kemari senyum semua terima sampai nampak gusi.

Pas pulak tengah nampak berseri seri.
Isu hudud menaikkan rating populariti.
Kerajaan PR 5+1 memberi living example kepada pengundi.
Pengundi Cina bakal mengikuti trend di sebelah sini.
Pengundi muda berumur bawah 38 mewakili 60% pengundi.

Apa lagi.Ada lagi.
Pasti Malaysiakini ada berita lagi terkini.
Atau dari PRK P036 Kuala Terengganu.... Kami nak Monsoon Drain, Bukan Monsoon Cup.sini.
Dari http://al-brangi.blogspot.com/. al-brangi.

Juga calon bebas apa cerita lagu ni.
Yang diharap kacau daun cabut lari.
Isytihar diri terbuka sokong musuh sendiri.
Mak oi Umno aku dah tergigit jari.

Cepat cepat 2 minit lagi..
Pengganti dapat dicari.
Aiseh mang..orang aku sendiri.
Nape mung dok kabo dari tadi.
Ini boleh makan diri.
Pas juga untung kanan kiri.

2 comments:

  1. tuan al-brangi.
    berbesar hati sungguh dengan kehadiran tuan di sini.

    saya ni baru lagi.
    masih belajar blogging.

    ReplyDelete