Teringat saya 10 tahun lepas ketika saya berumur 25 tahun menjadi tutor di UPM.
Di dalam 2 kelas yang di gabungkan kira-kira 50 pelajar telah ditanya saya pendapat mereka tentang isu semasa itu.
Saya menunjukkan tajuk akhbar muka depan PM tuduh Anwar begitu begini begini.
Saya tanyakan siapa percaya tuduhan ini.
Riuh rendah kelas tersebut mereka menjawab bahawa mereka tidak percaya sama sekali!
Saya tegaskan tidak mungkin PM berani membuat tuduhan palsu.
Saya ibaratkan beranikah seorang perompak mengacukan pistol betul berisi peluru palsu untuk merompak pegawai polis?
Mereka tetap beramai ramai menegaskan pendirian dan keyakinan mereka.
Akhirnya mungkin kesian kat saya,seorang dari mereka mengatakan saya rasa mungkin PM benar kalau tidak tak kan dia berani.
Hanya seorang.!
Ketika itu pelajar subjek perakaunan saya itu berumur sekitar 20 tahun.
Kini mereka mewakili kumpulan pengundi muda berusia sekitar 30 tahun.
Maka terjawablah persoalan yang bermain difikiran saya kenapa lanskap politik Malaysiakini begitu diluar jangkaan ahli politik lama.
Ehmm.Baru saya faham.
pengundi muda (saluran 3 ~ 4), mereka berfikir sesuatu isu.
ReplyDeletepengundi warga mas atau pengundi saluran satu, susah nak berubah, bukan semua
tapi saya percaya sekarang ni yang seorang tu da bertukar jumlah paling kurang 10 orang...sbb masa tu dieorang msh muda..sekarang dieorang lebih matang dan boleh berfikir & memilih yang mana kaca @ permata
ReplyDelete