Sunday, January 4, 2009

Usaha,Doa,Tawakkal,Prk P36

Betul lah.Itu lah kita dibiasakan.
Lakukan usaha,berdoa kemudian bertawakkal kepada Allah akan hasilnya.

Mari kita tengok contoh benar di Prk P36.

Kedua pihak telah mengumumkan calon untuk bertanding.
Lakukan usaha dalam aktiviti kempen sehingga 16 hb nanti.
Dikuti dengan doa dan dipagi 17hb nanti bertawakkal kepada Allah akan keputusan rakyat.
Menang disyukuri,kalah perlu bersabar.

Apa kata saya tunjukkan satu lagi option.

Dimulakan Istisyarah dan Istikharah memilih calon dikuti terus dengan tawakkal seperti maksud
"..Kemudian apabila kamu berazam,maka bertawakkal lah kepada Allah.."
ayat 159 surah Ali `Imran.
Seterusnya dengan azam itu kita berusaha bersungguh menjalankan aktiviti kempen,berserta dengan doa setiap masa,dan dibuktikan kesungguhan itu dengan puasa .
Saranan di sini SAYA AJAK ANDA SAMA SAMA PUASA SUNAT .

Setiap perbuatan dan langkah dimulakan dengan Bismillahi tawakkaltu `alallah.
Ini berterusan hinggalah ke malam 16hb diilakukan kemuncak doa dan solat hajat.
Saranan solat hajat di sini Solat hajat mohon kemenangan calon PAS.

Di pagi hari 17hb sekali lagi bertawakkal kepada Allah akan keputusannya.
Menang disyukuri disertai amanah yang dipikul yang bakal dipertanggungjawab di depan Ilahi..
Kalah disabari dengan ujian yang diterima.

Maka susunan nya adalah istisyarah,istikharah,azam,tawakkal,usaha,tawakkal,doa,tawakkal,redha dan akhirnya kembali semula kepada Allah.

Begitu indah kehidupan itu apabila semuanya meliputi perjalanan Islam dan akhirnya menuju kepada Penciptanya.

Subhanallah.

2 comments:

  1. Ada dua pandangan yang extrims bunyinya:-
    1. Antara dua Parti mesti ada yang kalah. Yang kalah maksudnya usaha, doa dan tawakkalh tidak dimakbulkan Allah jua.
    2. Kalah tidak bermaksud kalah selamanya. Usaha lagi dan jangan putus asa.

    ReplyDelete
  2. yang kalah masuk dalam kategori redha.
    terima sebagai ujian,yakin adanya hikmah dari Allah.
    Kerana tidak Allah jadikan sesuatu dengan sia-sia.
    terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan pesan.
    salam

    ReplyDelete