Friday, January 9, 2009

Pelik

PM pelik orang Umno cakap tak elok tentang Wan Farid.
Petikan Malaysiakini.
Perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau pelik kerana orang Umno yang lebih banyak bercakap mengenai yang tidak elok terhadap calon BN bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, berbanding dengan pihak pembangkang.

Sikap Wan Farid yang didakwa sombong dan tidak pandai bergaul dengan orang ramai, menjadi buah mulut di kalangan orang ramai.Bukan sahaja orang ramai, malah ada juga sebilangan penyokong Umno yang dikatakan merungut kerana sukar untuk bertemu dengan Wan Ahmad Farid.
Juga petikan dari.
(`•.¸♥ UmmiAnni ♥ ¸.•´).
Pak Lah pelik dgn Farid...aku lagi pelik tengok Pak Lah..!!

PaKLah juga kata Wan Farid telah mengorbankan senator dan jawatan demi untuk bertanding untuk berkhidmat kepada rakyat.

Yang ini saya lagi pelik!!!

Kenapa menjadi calon yang memerlukan meletak senator dan jawatan hanya untuk bertanding supaya boleh dilantik jawatan semula,itu pun kalau menang,untuk berkhidmat kepada rakyat?

Kenapa sekarang tak berkhidmat?
Saya ulang.
Sekarang tak boleh berkhidmat kepada rakyat?
Senatorship hanya untuk 3 tahun,menang MP untuk 5 tahun?
Semata-mata untuk itu?
Atau untuk kepentingan atau keperluan siapa lagi?

Lagi pelik.
Dinamakan calon terawal pada 20 December 2008.
Masuk hari ke 3 berkempen selepas penamaan calon,PakLah terpaksa buat round semula ke Kuala Terengganu hanya untuk terangkan kenapa Wan Farid yang telah dipilih menjadi calon 20 hari lepas.

Pelik.Pelik.

Kenapa?
Hari tu tak bincang?
Hari tu tak terang?

Tak istisyarah dan tak istikharah kot??

Najib pulak janjikan jawatan yang sama je.
Bagilah naik pangkat ke,naik gaji ke.

2 comments:

  1. Mari ambik kata-kata Nik Aziz, "Rasuah Salah, Tak Rasuah Kalah, Jadi Semua Tak Tentu Arah, Nak Pilih Buat apa orang yang tak tentu arah".

    Tadi saya berada dua tiga buah rumah dari rumah Wan Farid. Wow, rumah dia besar dan mewah. Rumah orang kaya sungguh.

    Saya tanya jiran itu apa pandangan dia tentang Wan Farid. Dia jawab mudah. Wan Farid ini Pitawali, saya kata apa benda, bukan pitawali, tapi cenderawasih. Cari sendirilah perangai burung ni. Kalau dah tahu, dia kata tulah perangai Wan Farid.

    Aku dah lama duduk berjiran beberapa rumah dengan dia, tapi kenduri kendaranya tak pernah orang sini dijemput!

    ReplyDelete