Saturday, January 10, 2009

Pkr P36 Bukan Kayu Ukur?Huh!

Pru12 menyaksikan dengan nyata kemenangan PR di 5+1 negeri.
PR memperolehi 49% dan BN mendapat 51% undi popular.
Ketika itu undi dari Sabah Sarawak masih solid untuk BN.
Mari kita perhatikan apa makna keputusan tersebut dan apa kesan terhadap lanskap politik tanahair.

Kelantan mendapat kemenangan selesa.
Sekarang boleh berehat dari segala serangan BN yang berpusat kepada Kelantan.
Kemenangan ini membuktikan rakyat Kelantan yang tinggal di dalam dan yang tinggal di luar negeri mereka menunjukkan dengan jelas sokongan TEGAR mereka kepada Pas pimpinan Tuan Guru.
Terdapat sedikit seakan akan provokasi yang menyatakan rakyat Kelantan dah tak suka Pas.
Keputusan tersebut telah meranapkan sepenuhnya andaian tersebut.
Jangan lupa Terengganu adalah jangkaan tumpuan Pas untuk merebut kembali negeri tersebut selepas terlepas dala Pru2004.
Ini menyebabkan BN menumpukan seluruh kekuatan ke Terengganu dalam Pru12.
Faktor penyumbang 5 negeri terlepas dari tangan BN.

Pulau Pinang memang sepenuhnya keputusan pengundi Cina untuk berubah.
Kedah adalah kekuatan Pas yang telah di 'underestimate' oleh BN berserta gelombang perubahan kuat dibawa pengundi Cina.
Perak adalah arus perubahan pengundi Cina yang entah mengapa disedari Daim Zainuddin tapi tidak oleh radar BN.
Selangor dan Wilayah Perseketuan adalah gabungan semua faktor,pengundi muda,pengundi celik IT,pengundi intelektual,pengundi Cina,pengaruh PKR dan juga kekuatan Pas yang tak disedari.
Faktor pengundi muda dan pengundi celik IT sebenarnya adalah asas kepada semua faktor perubahan.
Dan lebih ketara kesannya di Kuala Lumpur dan Selangor kerana mereka berada di sana.

Perhatian perlu diberikan bahawa semua pengundi diseluruh negara sebelum Mac2008 tidak tahu akan wujudnya gelombang perubahan ini akan berlaku.
Mereka hanya menyedari selepas keputusan telah diketahui.
Tiada pakatan atau mensyuarat sesama rakyat untuk menumbangkan BN.
Dap tak sangka,Pkr tak sangka,Pas tak sangka,rakyat pun tak sangka.

Setelah mereka tahu,apakah reaksi mereka.?
Mereka sungguh gembira,dan dibuktikan dalam kayu ukur seterusnya P44.
P44 menyaksikan undi Anwar meningkat,majoriti meningkat dan yang lebih penting undi Umno menurun!
Jelaslah kalau dulu semua sangka telah 'overkilled'.
Eh ingat aku seorang undi PR ,rupanya semua orang.Itu fikiran mereka ketika Pru12.

Dalam P44 mereka telah 'pre-set' mind mereka untuk mengundi siapa.
Dan terbukti mereka tetap memilih PR!
Mereka ini termasuk pengundi Cina,India dan ini juga telah memberi semangat kepada pengundi Melayu yang selama ini terlalu gusar untuk berubah.
Kali ini pengundi Melayu juga mengikut trend mengundi PR.

Pengundi Perlis,Pahang,Terengganu dan Kelantan langsung tidak terkena gelombang ini dalam Pru12.
Ketepikan faktor kononnya rakyat bencikan PakLah.
Senario ini hanya berlaku selepas kekalahan mereka dan hanya berlaku dikalangan ahli BN dan Umno khususnya.
Rakyat tidak terlibat.!
Sekarang adakah trend ini akan melarat ke Terengganu?
Adakah Prk P36 akan menjadi jawapan kepada soalan itu?
Ya Pkr P36 akan memberi jawapan yang diperlukan.
Ya Prk P36 ialah kayu ukur !!.
Kayu ukur yang akan menunjukkan aliran pengundian di sebelah pantai Timur.

Kayu ukur seterus nya ialah Sabah Sarawak.
Sabah dan Sarawak sudah dalam jangkauan Anwar.
Pilihanraya negeri Sarawak tak lama lagi menjadi ' the last piece' yang diperlukan PR untuk membentuk Ruling Party baru.

Apakah yang akan berlaku di Pkr P36?
Pengundi Cina akan mengikut trend pantai barat.
Pengundi Melayu sudah mendapat keyakinan baru untuk mengikut Kedah,Perak,Selangor dan Wilayah Perseketuan.
Pkr P36 adalah medan rakyat untuk menyatakan pendirian mereka.
Sah PkrP36 menjadi kayu ukur .
Dan Pas pasti meraih sokongan penuh rakyat.Inshaallah.
Katakan YES kepada Pas.
Pas for All.

2 comments: