Sunday, February 1, 2009

Apa Kesan Politik jika DUN Perak di Bubarkan?~ref Malaysiakini

Memandangkan kedudukan kerusi PR dan BN yang terikat begitu hampir.
32 PR 27 BN sekarang, sekiranya 2 Adun Pkr bertukar kem ke Umno menjadikan kedudukan kerusi 30 PR 29BN.
Perbezaan 1 kerusi amat mengentarkan kerana 1 lagi kerusi PR lari ke BN, maka kededukan akan bertukar menjadi BN30 PR29.
(Perlu diingat cara kiranya tolak 1 campur 1,jika tolak 2 kena campur 2.)
Lebih merisaukan parti politik dan ahli politik di Perak ialah kedudukan berisiko 2,3 ahli politik kedua dua pihak PR dan BN berkemungkinan bertukar kem.

Untuk meleraikan dan meredakan unsur ketegangan dan suspen dikalangan orang politik, bagaimana cadangan sekiranya DUN Perak dibubarkan?
Adakan semula satu pilihanraya peringkat negeri Perak.
Ini bermakna masalah di kalangan ahli(pemimpin) dan parti politik itu diserahkan kembali kepada rakyat.
Ini melibatkan masa dan wang. Ia juga melibatkan perasaan rakyat.
Sanggupkah rakyat berdepan suhu panas politik lagi sekali pada skala yang lebih besar dari pilihanraya kecil satu kerusi seperti PrkP36.?
Ini akan melibatkan semua kerusi DUN Perak.

Beranikah ahli dan parti politik yang terlibat mengambil risiko untuk kemenangan dengan menghadapi rakyat dalam pilihanraya semula.?
Ada kemungkinan menang,ada kemungkinan kalah!

Barangkali keputusan pilihanraya nanti akan menjadi keputusan muktamad, diterima semua orang politik dan rakyat.
Namun berapakah harga kesusahan yang perlu ditempuhi semua?

5 comments:

  1. Salam Tuan Blog,

    1. Ombolan(PAS) mengaji ilmu politik tak habis. PKR memang semua orang dah tahu dia sesat tak boleh pakai.

    2. Politik adalah 1001 kemungkinan. UMNO telah khatam ilmu tersebut.

    3. PAS hanya tahu khatam Al-Quran tetapi belum khatam ilmu politik.

    ReplyDelete
  2. wakil rakyat umno tak betul
    wakil rakyat pkr pun tak betul

    main lompat2 mcam katak kena kencing
    kalau buat pilihanraya smula diharapkan wakil2 rakyat nih jangan bertanding
    buat malu jer
    negara boleh hancur punah ranah kalu ada pemimpin mcm nih

    orang yang pujuk soh lompat tu pun patut jadi bapak katak. otak tak ada ke?? belajar tinggi2 tapi wat pekara macam budak sekolah tadika. menghabiskan duit sj.

    ReplyDelete
  3. Dun Perak x sama dengan Kelantan. Dulu Kelantan pun pernah jadi keadaan macam ni. Tp, wakil rakyatnya lebih menghayati perjuangan parti dan terus istiqamah. Rasanya sebab iltizam dgn perjuangan dan bukan kerana duniawi, kerajaan dapat diselamatkan....kalau dh genting sangat, baik bubarkan...tgh mood rakyat bergelora ni kn...x gitu tuan profesor

    ReplyDelete
  4. jgn bubar nanti pak tajol naik angin semula...

    ReplyDelete