Dulu cycle of events dalam politik berlaku 10 tahun sekali.
Contoh 1987 satu peristiwa besar, 1998 satu lagi peristiwa besar.
Sekarang ianya boleh berlaku tiap tiap hari, selang seminggu atau memang tak sempat nak tunggu PRU.
Ya lah maklumlah akhir zaman...masa terasa singkat...peristiwa terjadi dengan pantas.
Saya memang bukan penganalisa politik.
Pada pandangan saya seorang penganalisa pandai atau bijak atau memang kerja mereka mengkaji peristiwa yang sudah berlaku.
Akan tetapi bercerita tentang apa akan terjadi selepas berlaku peristiwa besar, memang saya rasa penganalisa 'out' lah.
Cuba kita tengok 1987, hanya berlegar di sekitar ahli politik Umno atau pemimpin mereka sahaja.Impaknya tidak sampai kepada rakyat marhaen.
Cuba kita tengok 1998,hanya berlegar di kalangan orang Melayu.Impaknya tidak menyeluruh kepada semua kaum di Malaysia.
Cuba kita tengok 2008,hampir menyeluruh mengikut semua kaum terutama penduduk bandar,golongan muda dan mereka yang tinggi exposure kepada alam cyber.
Cuma perlu diingat setiap peristiwa ini 'drag on',ia tidak selesai di situ, bermakna sekarang semua kesan 1987,1998 dan 2008 terkumpul kini.
Lebih mengkhusus pru12 di Perak lebih cenderung kepada impak dibawa pengundi Cina dan India.
Akan tetapi Reformasi Kuala Kangsar terkini mungkin membawa erti baru kepada impak politik tanahair khususnya Perak.
Kali ini ia mungkin membangkitkan kesedaran dan keazaman politik perubahan di kalangan masyarakat Melayu.
Perlu difahami kerajaan Pakatan Rakyat adalah bermajoriti Adun pilihan pengundi Cina dan India.
Jatuhnya PR Perak sama maknanya jatuhnya pilihan pengundi ini.
Tentu mereka masih menyimpan strategi di hati menunggu pru13 nanti.
Sendiri sendiri lah fikir kesan Reformasi Kuala Kangsar ini.
No comments:
Post a Comment