Sunday, February 1, 2009

Terjemahan 2 Adun Pkr diCerai Taklik~ref Malaysiakini

Tajuk dan makna luaran berita malan ini ialah 2 Adun PKR, Jamaludin Mohd Radzi Behrang dan Kapt. (B) Mohd Osman Mohd Jailu Changkat Jering meletak jawatan.
Kesan segera ialah pilihanraya kecil akan diadakan di 2 kerusi yang dikosongkan itu.
Ini mudah difahami.

Bagaimana pilihan ini (perletakan jawatan) telah dapat dilaksanakan menjadi kenyataan.?
Asalnya tujuan 2 Adun melompat ialah untuk menambahkan 2 kerusi BN dan sekaligus mengurangkan 2 kerusi PR.
Namun apa yang telah terjadi ialah PR telah menggunakan 'option' terancang menyerahkan surat perletakan jawatan yang telah ditandatangan oleh semua Adun PR (termasuk 2 Adun tersebut) lebih awal.
Dengan perletakan jawatan ini dengan automatik 2 kerusi PR berkurang, akan tetapi kerusi BN tidak bertambah!!
2 Adun itu sudah tiada makna kepada BN melainkan sebagai barang kempen.
2 Adun itu tidak boleh bertanding semula.
Ini patut jadi pengajaran kepada Adun PR lain yang meyimpan hasrat untuk melompat.
Cuma 2 kerusi kosong itu membuat menaruh harapan bagi BN.

Kedudukan sekarang ialah masih 27 BN, 30 PR sehingga selesai pilihanraya kecil.
Taktik ini dapat mengurangkan risiko sebarang 'lompatan' lagi dari PR ke BN.
Atau sekurang kurangnya dapat membeli masa sehingga sebanyak 3 lagi Adun PR perlu melompat ke BN sebelum PR menggunakan 'option' terakhir iaitu membubarkan Dun Perak keseluruhannya.
Setiap kali ada lompatan PR ke BN, Adun itu akan diletakkan jawatan.
3 Adun PR lagi diperlukan oleh BN untuk membuatkan kedudukan seri 27,27.
Dan ketika itu pasti PR membubarkan Dun Perak.

Sekarang pilihanraya kecil di 2 DUN ini sahaja tidak dapat mengubah posisi kerajaan negeri Perak.
Andaikata 2 dimenangi Umno, kedudukan masih 30 PR, 29 BN.
Sekiranya PR mempertahankan kerusi tersebut, ia hanya mengukuhkan endorsement keyakinan rakyat terhadap PR tetapi kedudukan kekal 32 PR, 27 BN.

Dalam ertikata lain taktik atau option ini, alang alang nak lari ke BN, lebih baik letakkan jawatan mereka.
PR terlepas, BN tak merasa.

14 comments:

  1. terima kasih atas maklumat yang saya tak tahu...

    ReplyDelete
  2. firdaus datanglah selalu.
    tinggalkan cara utk contact tuan.
    email or blog.
    email saya dalam profile

    ReplyDelete
  3. Kalau betul adun PKR Perak tak letak jawatan. Surat yang dihantar kat Dewan Speaker tu siapa yang sign. Boleh pakai ke surat yang ditanda tangan tahun lepas oleh adun PKR Perak di kira sah disegi undang-undang? Nampak gayanya UMNO/BN ada chan tak???

    ReplyDelete
  4. ni baru gentelment ADUN PR.....biar BN tak merasa, dan saya respect lan bekas adun PR yang mempunyai harga diri

    ReplyDelete
  5. diorang ingat senang nak melompat...
    bawah bn takpe laa...
    perintah jer lama...
    tapi tak reti...
    ataupun lupa diri...
    makan diri laa

    ReplyDelete
  6. en Anon,masa sign tak bertarikh.
    aspek undang undang saya tak reti.
    cuba refer sapa sapa...

    ReplyDelete
  7. PR terlepas, BN tak merasa.

    apa maksud tu? siapa yang menang kalau kedua-dua kalah?

    http://pkrpasdap.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. terlepas 2 adun tu dengan kerusinya buat sementara waktu sehingga pilihanraya kecil.
    kalau tak diletakkan jawatan mereka,kerusi itu automatik milik BN.

    ReplyDelete
  9. salam perunding !

    abe MIE 'TERJAH,

    demo mene nyo.

    ReplyDelete
  10. Ini adalah kaedah yang digunakan oleh Mahathir pada zaman mahafiraun memerintah Malaysia. Semua YB sudah awal-awal sign surat letak jawatan. Mana yang songel-songel di pencenkan segera.Jika Anwar buat begini saya tak hairan.

    Dari sudut undang-undangnya sah. Kerana punya diri tidak boleh menafikan itu ialah tandatangan mereka. Tambahan semua ADUN rela menandatangainya.

    Perangai sestengah orang politik, waktu mahu dia sign semedang, bila ada masalah kata ditekan. Jika mereka tidak sign, mereka dah tentu tak dipilih sebagai calon..

    Ini dua orang patut humban ke sungai perak jer. Dah dapat gaji exco kemuadahan lagi tak cukup. Tolong beritahu malaon dua orang ni dulu kerja apa??? Sorang tu posmen cabuk/pencen. Tu pun ada tara nak jadi Menteri Besar... tuu lah, bodoh tak boleh diajar.

    Belajarlah dengan Kelantan Tuan Guru, 1 kerusi pun tahan sampai habis penggal... Elok bagi kerosi ni kat PAS kalau tak der PKR yang tahan dugaan....

    ReplyDelete
  11. maafkan je lah 2 orang pkr tu.
    pkr lepas pasca pru12 semua hebat2.
    kita Pas tolong dia orang pulak kasi pulun umno amacam.

    ReplyDelete
  12. Taktik tersirat... 105% ker dua adun ni dah resigned ?.. Kahkahkah..

    ReplyDelete
  13. ape punya manusia yang bermuka-muka nie...
    kalau betul semangat membantu rakyat tinggi masakan sanggup buat apa saja demi "survival" diri sendiri...
    haa skrang baru tahu..mengelabah kata "surat berhantu" tak boleh guna la sebab salah disisi undang-undang la...ape tu??
    bodoh punya YB!!

    ReplyDelete
  14. pembetulan teknikal,orang ekonomi kata.
    kita ganti dengan yang lebih baik.InshaAllah.

    ReplyDelete