Monday, February 2, 2009

Percaturan Politik Perak dalam Istilah Catur~ref Malaysiakini

Touch Move, itulah internati0nally accepted standard rule dalam catur bermaksud jika anda sudah menyentuh 'buah' anda mesti menggerakkannya.
Dalam senario terbaru di Perak boleh kita bayangkan sebagai satu analogi permainanan catur.

Bayangkan perlawanan antara PR diwakili Pas dan Pkr dengan BN diwakili oleh Umno.
Pasukan pemerhati dari Dap mewakili PR dan MCA,MIC,Gerakan mewakili pemerhati BN.
Penyokongnya ialah panganalisa politik,peminat politik,ahli politik dan orang politik.
Penontonnya ialah rakyat Perak khususnya serta rakyat Malaysia keseluruhannya.

Move pertama telah dilakukan oleh Anwar dengan menawan(memakan) buah catur tir/rook/castle Umno iaitu Adun Bota.
Serta merta membuatkan pasukan PR mendapat lebihan 5 buah catur.
Gerakan ini mengejutkan Umno dengan melemahkan pertahanan mereka dan menguatkan pasukan PR terutama Pkr.
Kesannya perletakan jawatan Tajol dan perlantikan baru player Umno iaitu Najib dan Zahid Hamidi.
Pasukan Umno membalas dengan gerakan cubaan menawan 2 buah catur gajah/bishop pihak Pkr.
2 buah catur gajah/bishop iaitu ialah 2 orang Adun Pkr.
Sekiranya dapat tentulah melemahkan dan melumpuhkan buah serangan PR dan merapatkan jurang perbezaan buah kepada 1.
PR bingkas bangun untuk mematahkan serangan itu dengan mendakwa akan dapat 'memakan' 3 lagi buah catur Umno.
Umno melangkah ke depan lagi dengan mengatakan mereka boleh 'memakan' lebih dari 2 buah catur Pkr.
Perlawanan semakin menarik dengan kedudukan seolah olah stale mate.
Pr melalui Nizar cuba offer draw iaitu meminta pihak lawannya berundur dengan keputusan seri.
Seperti biasa typical Najib lambat membuat finishing touch.
Kedudukan tergantung dengan tiada move dari pihak Umno.

Tiba tiba,entah dari mana, nah timbul PakLah membuat langkah mengejut dengan berani ke atas pihak PR, check!
Kami akan 'makan' lebih dari satu buah catur PR.

PR tiada pilihan lain, mengelak akan merugikan position.
Anwar dengan pantas mematikan 'check' tersebut dengan 'sacrifice' kan 2 buah gajah/bishop catur Pkr.
Per'letak'kan jawatan di'isytihar'kan menandakan by-election perlu diadakan.
Sekarang perbezaan buah catur PR masih lagi 3 melebehi buah catur BN.
Sekarang tiba masa buah buah bidak/pawn untuk mara ke depan untuk membolehkan 'naik haji' dan layak menukarkan kembali kepada buah bishop/gajah semula sebagai contoh.

BN terkedu, tindakan 'check' tadi telah memerangkap mereka.
Nah, cuba tarik balik move tadi.
Touch move! pesan pemain PR.

Tinggal satu lagi option barangkali.
Ajak Anwar ke meja rundingan.
Tolong tarik balik perletakan jawatan 2 Adun.
Boleh, kata Anwar.
Dengan syarat jangan diganggu lagi kerajaan negeri Perak PR sehingga Pru13.
Setuju! sergah Anwar.

2 comments:

  1. salam !

    panda sunggoh mung mmaing anging.

    cerita lah lagi selapas ini supaya aku tidak terlena sehingga lepas PRK perak nanti.

    ReplyDelete