Lompatlah, sekarang dah boleh lompat, kenapa tak lompat?
Sekarang ini 2 Adun tersebut belum melompat lagi ke Umno.
Strategi mereka singgah dulu jadi Adun Bebas sebagai batu loncatan sementara menunggu cukup korum.
Mereka memerlukan 3 Adun sekaligus melompat sebelum kerajaan negeri boleh berpindah tangan kepada Umno.
Lompatan mereka sebelum ini tertahan kerana jawatan mereka sebagai Adun dilucutkan.
Namun dengan hujah SPR bla..bla kerusi Adun mereka yang bernilai rm10 semalam kembali meningkat kepada rm5 juta, rm10 juta, rm20 juta, rm50 juta atau mereka je tau.
Tindakan SPR ini lebih memihak kepada Umno kerana mereka memerlukan kerusi itu by hook or by crook.
Tindakan ini meninggalkan ruang dan pilihan yang semakin kurang kepada PR melainkan melangkah ke mahkamah untuk 'mengsahihkan' perletakan jawatan Adun jesteru membolehkan pilihanraya kecil diadakan.
Atau nampaknya BN seolah menempah masalah dengan menghimpit PR untuk membuat keputusan yang lebih berani iaitu dengan membubarkan Dun Perak.
BN sudah tentu boleh berfikir dengan tiadanya pilihanraya kecil dan kehilangan 2 Adun sudah tentu PR akan memilih kepada pilihan pembubaran Dun.
Pembubaran diharapkan memberi kebaikan untuk semua pihak, biarpun ia mungkin memakan masa,tenaga,kos dan perasaan.
Namun untuk membaiki keaadan once and for all, ia perlu.
Semua parti dapat meletakkan calon yang terbaik dan paling dipercayai kali ini.
Rakyat dapat membuat endorsement muktamad, parti atau calon mana pilihan mereka.
Sekiranya keputusan hanya dengan lebihan satu kerusi, ia tetap akan menjadi stabil kerana semua parti akan memilih calon yang paling dipercayai oleh mereka.
Tiada lagi keraguan dan kecurigaan mana mana ahli akan melompat parti.
Parti yang menang atau yang kalah harus menghormati keputusan dengan menerima sebarang keputusan dari rakyat nanti.
BN ada berani?
Senang aje, bunuh aje dua orang ini, tengok apa EC dengan baruah umno bolih buat.
ReplyDeleteLompat pun salah, tak lompat pun salah.
ReplyDeleteApa you mahu?
bubar dun lagi best,raya.
ReplyDeletepesta pilihan Raya.
dah terlambat untuk menerima 2 orang tu semula.
ReplyDeleteutk memulihkan maruah mereka perlu meletak jawatan.
saya setuju kalau buat pilihan raya semula.. Selesai semua masalah.. Pilih calon yang betul-betul dipercayai sahaja..
ReplyDeletesaya rasa kata perunding melompat sekali beramai-ramai tu ada benarnya...
ReplyDeletetunggu cukup korum la tu...