Back to square 1.
Ia akan menjadi satu political consolidation.
Meratakan kembali padang perlawanan.
Satu peluang bagi semua pihak parti politik membuktikan kedudukan sebenar mereka.
BN boleh membuktikan mereka dahulu tewas kerana 'overkilled' oleh rakyat yang mengundi PR kerana memprotes.
Umno boleh buktikan 'fresh look' mereka diperkenan oleh rakyat.
'Fresh look' mereka ialah menukar teraju Umno Perak kepada Najib dan Zahid Hamidi.
Umno boleh juga membuktikan isu bahasa papantanda dan isu tanah adalah berkesan memihak kepada mereka.
Inilah peluang kepada Umno untuk membuktikan mereka masih juara di mata pengundi Melayu.
MIC juga boleh tumpang sekaki untuk menunjukkan mereka telah selesaikan pertelingkahan sesama mereka dan boleh mewakili pengundi India dan isu Kugan boleh menjadi penanda aras kepada MIC.
Gerakan setelah menukar rentak vokal, dapatkah mengambil tempat lagi di dalam BN terutama di Perak.
Begitu juga MCA selepas era pemilihan parti mereka dan juga dengan rentak baru, bolehkah menari bersama pengundi Cina dengan tarian Cina di dalam komponen BN terutama Umno.
Dan tidak lupa inilah masa terbaik buat PR yang dikatakan menang terkejut atau lebih sedap dilabel sebagai Accidental Winner membuktikan pilihan sebenar rakyat.
Dan akan menjadi endorsement rakyat selepas hampir setahun memerintah.
Kali ini bolehlah mengemaskinikan kerjasama sesama Pas Pkr Dap.
Boleh memilih calon terbaik dipersetujui dan dirancang bersama komponen PR untuk dipersembahkan kepada pengundi.
Momentum P36 adalah menyebelahi PR dan kerjasama kemas mereka menunjukkan hasil yang mengkagumkan.
Inilah akan menjadi peluang kepada Pas untuk membuktikan mereka sememangnya utuh dan alternatif pilihan pengundi Melayu terbaik menggantikan Umno.
Inilah peluang terbaik untuk Pkr menyusun parti dan memilih calon untuk bertanding dengan memberikan yang terbaik .
Begitu juga Dap, peluang untuk membuktikan mereka masih pilihan pengundi Cina menggantikan MCA dan Gerakan.
Kesimpulannya kemelut ini boleh bertukar menjadi peluang kepada semua untuk menyatakan Let Us Finish Them Once and for All.
Kepada rakyat untuk menyatakan "inilah keputusan muktamad kami".
I agree. Let's people decide.
ReplyDeletetq
ReplyDelete