Yang mudah difahami, Adun Bota masuk Pkr kerana kecewa di Umno.
Yang sukar difahami, kenapa cabut lari ke Putrajaya nak jadi MB?
Yang mudah difahami, 2 Adun Pkr menghilang diri nak keluar parti kerana masalah peribadi.
Yang sukar difahami, kenapa Adun Jelapang Dap Hee Yit Foong ikut sekali?
Yang mudah difahami, Speaker Dewan mengumumkan kekosongan 2 kerusi Adun bila 2 Adun sudah tidak dapat dihubungi.
Yang sukar difahami, kenapa SPR mendahului semua untuk tidak mengiktiraf kekosongan dan tidak mahu memanggil pilihan kecil negeri?
Yang mudah difahami, PR kehilangan majoriti kerana Adun lompat parti.
Yang mudah difahami kerajaan PR TIDAK hilang sokongan rakyat negeri.
Yang mudah difahami Kerajaan PR adalah pilihan rakyat negeri dalam pilihanraya sah demokrasi.
Yang mudah difahami BN mungkin membentuk kerajaan negeri pilihan pelompat parti.
Yang sukar difahami, mereka semua senyum berseri bersama pelompat parti selepas membunuh demokrasi?
Yang mudah difahami hak rakyat dalam demokrasi kepada pemilihan melalui pilihanraya untuk memilih pemimpin dari parti yang mereka hendaki.
Yang mudah difahami adalah hak dan kewajipan rakyat untuk mengundi dalam demokrasi.
Yang mudah difahami, kerajaan2 negeri adalah pilihan rakyat pelbagai parti,kaum,agama dan jati diri.
Yang sukar difahami, adakah ada konspirasi nak menegakkan kerajaan Melayu di peringkat negeri.?
Yang sukar difahami, kerajaan pilihan pelompat parti bakal membunuh demokrasi?
SPR baru nak tunjuk belang?...
ReplyDeletepengundi hantu tak jalan, cara lain lak pakai ...tapi harap selepas ini jika kerajaan perak selamat, belajar laa dari nik aziz macamana nak perintah ngan majoriti mudah...