Sunday, January 25, 2009

Hujan Emas di Guantanamo,Hujan Batu di Kamunting~ref Malaysiakini

PakLah PM-retired-to-be atau PM tak-jadi-berenti menyatakan hasrat untuk mengusahakan membawa balik 2 rakyat Malaysia yang ditahan semenjak 2003 di Guantanamo.
Ini adalah respon awal berikutan pengumuman Obama bahawa pusat tahanan itu akan ditutup.

Boleh lah di anggap berita separuh baik kepada tahanan tersebut dan keluarga mereka di sini.
Mereka tentulah dijangkakan akan ditahan di Kem Tahanan Kamunting pula.
Sekurang kurangnya dapatlah ahli keluarga mereka melawat.
Dan dapat mereka merasa sambal belacan atau sambal tempoyak,takdelah scramble eggs je.

Akan tetapi tetapi dari sudut falsafah kemanusiaan,
bolehlah kita ibaratkan nasib mereka sebagai,
keluar mulut naga jahat,masuk pulak mulut dinasour jahat.
Naga dan dinasour pun ada yang baik tau.

Tak terfikir ke PM kita nak tutup Kamunting sepertimana Obama mulakan menutup Guantanamo sebagai pembuka tirai.
PM-retired-to-be kalau sungguh,bolehlah jadikan itu sebagai penutup tirai pentadbirannya.
Ada juga benda orang nak kenang.

Tak pun kalau saya tulis dari sudut ekonomi.
Kamunting bakal berkembang 4% dari segi penempatan,pentadbiran dan pembangunan.
Ya lah mana tak nya,tambah 2 orang tahanan lagi,bertambah lah segala yang bersangkutan.

Fikir fikir lah PM.
Mansuh ISA,tutup Kamunting.

No comments:

Post a Comment