Monday, January 26, 2009

Nasihat Khas Buat Umno~ref Malaysiakini

Meniliti kepada rentetan peristiwa yang berlaku dalam politik tanahair dan drama yang dialami Umno membuatkan saya terpanggil untuk menulis secebis nasihat.
Umno sudah berhasrat dan menyeru kepada perubahan.
Saya mohon Umno telitilah beberapa perkara ini.

Pertama,tindakan terbaru Datuk Zahid Hamidi yang keluarkan arahan semua ketua jabatan agensi Kerajaan Persekutuan di negeri ini dilarang menghadiri mesyuarat rasmi anjuran kerajaan negeri Perak PR.
Kerajaan Pusat juga tidak mengiktiraf tandatangan dan cop rasmi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau Penghulu untuk sebarang urusan dengan agensi Kerajaan Pusat.
Ini adalah tindakan politik yang sangat tidak matang yang merugikan rakyat dan juga Umno sendiri.
Ini adalah 10 kali lebih buruk dari tindakan Ali Rustam lepas yang telah bertaubat menarik balik arahan larangan melawat Kelantan.

Kedua,isu tanah yang diberi pilihan taraf oleh MB Nizar kepada penduduk Perak.
Hanya 1% atau 2% peratus sahaja rakyat yang akan terpedaya dengan dongeng yang direka Umno.
Ada tokoh MCA menyatakan beliau malu kepada diri sendiri kerana 60 tahun MCA gagal melakukan kebaikan ini kepada masyarakat mereka.
Perlu diingat lebih banyak tanah orang Melayu mendapat pilihan taraf ini berbanding tanah milik kaum Cina.
Isu ini juga amat merugikan Umno dan tersangat menguntungkan PR keseluruhannya.

Ketiga,isu penternakan babi.
Sekira Malaysia mempunyai pilihan dan mampu untuk mengimport 100% permintaan babi oleh pengguna Cina,dan kerajaan Malaysia mampu mengharamkan penternakan babi,maka bolehlah Umno menggunakan isu penternakan moden itu.
Ladang yang bersepah dan tidak terurus amat mengganggu kehidupan penduduk.
Pilihan yang ada hanyalah membina ladang moden yang terkawal dan terurus.
Umno harus berfikir secara realistik dan mencari penyelesaian bukan membangkang membabi buta.
Keempat,jangan diganggu dan dijolok kesabaran MB Selangor dengan perkara remeh temeh seperti sedekah korban oleh anak syarikat negeri.
Pusing ikut mana pun rakyat akan bersimpati dan menyokong MB Khalid Ibrahim.

Sedarlah Umno,mari bawa berbincang dan berfikir.
Cari lah kekuatan sendiri.

Dan jangan lupa, peka lah kepada isu rakyat yang menyeluruh,melangkaui batas perbezaan agama,bangsa dan parti seperti isu ISA dan PPSMI.
Dua isu ini diperjuangkan oleh semua tak kira parti komponen BN atau PR,tak kira Melayu,Cina atau India.
Peka,buka mata,pasang telinga.
Listen to the rakyat.
Please.

2 comments:

  1. mlihat snario bgini, org akn mnyampah dgn UMNO lg dan slgi ada org mcm Zahid Hamidi, Ali Rustam, M.M. Taib, Khairy, Rezal Marican, Khir Toyo, UMNO x akan dsukai rakyat, mngkin ada trutma jka dibri wang..mklmlah nak hdup sng ktakan...inila terjadi kpada ahli2 Umno trtama ktua2 bhgian, perwklan2 ttp x ahli akar umbi...sumenya makn rasuah,dengki sbb 2 la pemmipin spt di atas bleh than lg...Jd klu nak brubah.. Sla buat rombakan bsr-bsran...

    ReplyDelete
  2. rasuah semakin mahal kot.
    dah tak mampu merasuah kot.

    ReplyDelete