Sunday, January 25, 2009

Mencari Titik Equilibrium Politik Tanahair~ref Malaysiakini

Berita dan perkembangan gempar dan sensasi terus mengisi warna politik terkini.
Tsunami berlaku hasil dari gegaran atau gelinciran plate tanah bumi di bawah lautan dalam.
Gelinciran mendadak ini menghasilkan tenaga besar yang membentuk ombak memusnah atau merubah segala yang ditempuhnya.
Selepas berlaku gelinciran besar ini,beberapa gegaran dan gempa akan menuruti sehinggalah kedudukan plate bumi kembali stabil iaitu mencapai titik equilibrium kembali.

Begitu juga politik dunia selepas berlaku perang WW1 dan WW2,ia akan mengambil masa untuk stabil.
Begitu juga kesimbangan kuasa dunia selepas kejatuhan kuasa Soviet.
Begitu juga di dalam ekonomi,selepas kejutan seperti peristiwa 1998.Saham jatuh,matawang jatuh,namun selepas beberapa tahun kedudukan equilibrium kembali stabil.

Itulah yang kita lihat dalam senario politik tanahair.
Ombak besar 1987 hanya dirasai di kalangan pemimpin Umno.
Ombak besar 1997 hanya dirasai Umno dan kaum Melayu sahaja.
Ombak besar tsunami 2008 merangkumi semua parti politik dan rakyat semua kaum sekaligus.
Itulah sebab ia dapat memberi impak sepenuhnya kepada warna dan pola kemenangan semua parti.Tidak lagi dimonopoli oleh BN.

Sebaik saja selesai Pru12,beberapa siri gegaran masih dirasai seperti P44 yang hangat,P36 yang juga menarik minat ramai.
Terbaru kemasukan Adun Bota dari Umno ke Pr.
Menyusul nanti pemilihan Umno Mac2009.
Menyusul setahun dua nanti Sarawak State Election.

Di mana dan bilakah equilibrium akan dicapai?
Saya menjangkakan Pru 13.
Kelantan dan Terengganu menjadi kubu kuat Pas.
Sabah Sarawak kemenangan 30% oleh PKR PR sudah memadai dalam pilihanraya negeri ini.
Dapat memenangi 50% kerusi adalah bonus.
Penang kubu kuat Dap.
Perak kubu kuat Dap dibantu oleh Pkr dan Pas.
Sokongan Melayu akan lebih kuat meningkat cenderung kepada Pkr dan Pas.
Kedah kubu kuat Pas dibantu Pkr Dan Dap.
Selangor kubu kuat Pkr dibantu Dap dan Pas.
Negeri Sembilan dan Melaka ditembusi Dap dengan sokongan Pkr dan Pas.
Pahang ditembusi Pkr dengan sokongan Dap dan Pas.
Perlis boleh jatuh ke Pas.
Hanya Johor barangkali kekal bersama BN.

Kerajaan Pusat akan diterajui PR.
Itulah equilibrium point yang dicari dan ditujui oleh politik tanahair.
Sehingga ke tarikh itu beberapa siri gegaran politik akan terus berlaku.

2 comments:

  1. Pemimpin UMNO akhir-akhir ini selalu berkata : UMNO perlu berubah. Dan semalam ADUN Bota benar-benar telah membuktikan beliau mematuhi nasihat pemimpin UMNO untuk berubah - dengan mengubah parti dari UMNO ke PKR.

    Ingatlah nasihat pemimpin-pemimpin UMNO: UMNO perlu berubah. Tentu ada yang hendak berubah lagi selepas ini dari UMNO ke PKR, PAS atau DAP!

    Selamat berubah!!!

    ReplyDelete
  2. Tu lah..dia nasihat ahli dia suruh berubah.
    mau kalau parti yg berubah...Umno masuk PKR..
    kuang,kuang,kuang

    ReplyDelete