Saturday, February 7, 2009

Kesan Psychology Perak~ref Malaysiakini

Pertama, hilang kepercayaan kepada sistem demokrasi.
Ada yang rasa sistem demokrasi dicipta manusia hanya untuk memastikan golongan tertentu sahaja dapat mengekalkan kuasa.
Sepertimana sistem kapitalis membuatkan yang bermodal dan kaya terus kaya, yang miskin terus miskin.
Sistem demokrasi membuatkan yang berkuasa terus berkuasa, manakala yang cuba melawan arus akan kekal kalah.
Ada yang rasa seperti kecewa dan tidak mahu mengambil tahu hal politik lagi dan seperti tidak mahu pergi mengundi lagi.

Kedua, mewujudkan golongan yang membenci politik keseluruhannya.
Mereka menganggap semua politik itu kotor, busuk dan penuh tipudaya dan permusuhan.
Mereka serta merta membenci ahli politik, mereka menjadi benci kepada tak kira kumpulan penyokong ahli aktif atau benci kepada pemimpin semua parti politik ini.

Ketiga, menanamkan azam dan semangat lebih membenci terhadap parti BN dan Umno khususnya.
Golongan ini menganggap cara penyelesaian yang diambil oleh Umno khususnya setelah tercetus kekusutan politik ini dengan cara yang bertentangan dengan prinsip dan jalan demokrasi.
Ini boleh dilihat dengan menyemaraknya penentangan terbuka rakyat biasa ke atas Umno.
Namun di kaca mata kasar, Umno sentiasa terbenteng oleh pasukan polis dan sebagainya.
Lantas rakyat dilihat melawan polis, istana, SPR, mahkamah walaupun hakikatnya mereka melawan Umno itu sendiri.

Keempat, timbul golongan yang merasakan terdapat kelemahan dalam pemilihan calon di pihak PR dalam pru12 tempoh hari.
Namun ia dijelaskan bahawa ketika itu (sebelum pru12) PR belum bersedia seperti hari ini.

Kelima, terserlah satu kumpulan baru yang belum pernah terjadi sebelum ini.
Akibat kekecewaan mereka sudah tidak menganggap lagi kesultanan sebagai simbol atau lambang dan benteng terakhir bagi evolusi perkembangan kerhormatan orang Melayu.
Kategori ini sudah meluahkan perasaan mereka secara terbuka terutamanya melalui media internet.

Keenam, golongan yang akan memberikan simpati kepada pihak yang teraniaya seperti Ir Nizar dan PR secara umumnya.

Walaubagaimanapun, adalah sukar untuk meramalkan impak dari semua ini, kerana akan terus berlaku beberapa gegaran demi gegaran lagi sehinggalah kita menemui titik equilibrium selepas melalui 'teknikal koreksi' politik ini.

7 comments:

  1. kasihanlah orang orang Melayu, selalu dipergunakan dan dipermainkan oleh pemimpin pemimpin Melayu dan raja raja Melayu dengan isu isu kaum dan agama yang kononnya mempertahankan hak orang Melayu, tapi sebenarnya mempertahankan kepentingan mereka sendiri sahaja.

    Sedarlah orang Melayu, hanya demokrasi dan keadilan yang boleh mempertahankan hak rakyat

    ReplyDelete
  2. melayu tak pernah melawan semenjak dari tahun 1500masihi.
    keluar mulut buaya,masuk mulut naga,keluar mulut naga,masuk mulut rimau,keluar mulut rimau,masuk mulut entahapaapa lagi, last last masuk mulut umno.

    ReplyDelete
  3. akhirnya sistem orang greek kuno mula dipertikaikan....
    tahniah...

    ReplyDelete
  4. system tu di recycle kan tekong.
    __________________________
    semenjak Umaiyyah 700 masihi sampai ke Ottoman 1924 masihi,
    sistem apa kita pakai ekk.
    ___________________________
    InshaAllah sistem tu dipakai semula nanti,suatu hari nanti,sememangnya sudah termaktub.

    ReplyDelete
  5. Tuan, jemput datang kesini. Saya sekadar menyediakan 'pelantar' yang memungkinkan mudahnya kita untuk bertemu sesama kita.
    www.mandatrakyat.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. insyaallah perunding...
    aku dah nampak bayangnya...
    sistem hakiki...

    ReplyDelete
  7. ya terimakasih tuan Saabun,
    pagi ni baru saya perasan pesanan tu,
    inshaallah saya jenguk sekejap lagi.

    ReplyDelete