Saturday, February 7, 2009

Saya bukan seorang Ustaz....ikut je Mufti Harussani

Saya cuba mencari teks penuh kenyataan Mufti Harussani.
Setakat saya tengok kat perisikrakyat Mufti: Tidak taat kepada raja adalah derhaka - malaysiakini .
Berdasarkan ayat bermaksud Taat kepada Allah,Taat kepada Rasul,Taat kepada ululamri(pemerintah).
Maka saya sepenuh hati terima 'fatwa' Mufti ni.
Apa tidaknya, saya memang taat sepenuh hati kepada kerajaan rakyat sah pilihan demokrasi Pakatan Rakyat.
Siapa yang tidak taat kepada kerajaan Pakatan Rakyat sekurang kurangnya sudah derhaka kepada demokrasi dan derhaka kepada pengundi.

Tafsiran ayat tersebut bolehlah ditanya ustaz dan ilmuan agama.
Sekadar untuk memahami maksud mudahnya, ia membawa maksud keperluan taat kepada pemerintahan yang memerintah mengikut semua perintah Rasul dan juga mengikut semua perintah Allah.

Untuk tidak keliru antara derhaka kepada Raja dan tidak bersetuju dengan keputusan Raja, mari kita tengok analogi ini.
Orang yang baru memeluk Islam masih perlu menghormati,menjaga dan bertanggungjawab kepada ibubapa yang masih di dalam agama asalnya.
Akan tetapi tiada orang boleh mentaati sesuatu keputusan atau arahan yang berlawanan atau bertentangan dengan suruhan Rasul dan Allah.
Masih hormati ibubapa tetapi tidak taat kepada ibubapa dalam perkara yang salah.
Biarpun sekiranya suruhan atau keputusan itu datang dari ibubapa yang seagama dengan kita.

Bezakan antara menghormati Raja dengan tidak bersetuju dengan keputusan tidak betul Raja yang mungkin telah dimanupulasi oleh pihak tertentu.

1 comment: