Disamping kemenangan calon Pas di PrkP36 dengan majoriti undi 2631,Pas juga menang dari pelbagai sudut.
Pertama Pas menang sokongan rakyat secara terbuka tak kira dari pengundi Cina,pengundi wanita,pengundi Melayu dan juga pengundi muda.
Kedua Pas menang kesetiakawanan dari semua parti Pakatan Rakyat.
Kali menyaksikan kerjasama kukuh dan bersepadu antara semua jentera parti pakatan tak kira pemuda Pas,pemuda Pkr dan juga pemimpin besar Dap,Pkr dan Pas.
Pas juga menang perang psychology media.Harakah pada hari Jumaat telah digunakan sepenuhnya dari muka surat satu ke akhir penuh dengan kempen,motif,mesej Pas.
Dan juga menangkis semua serangan perang saraf media BN.
Pas juga menang di alam maya.
Semua polls yang dilakukan di internet tak kira oleh Yahoo Poll,bloggers dan ruang yang lain memberi kemenangan awal kepada Pas.
Kempen bloggers pro Pas PR juga menenggelamkan kempenbloggers selainnya.
Pas juga menang persepsi rakyat,penganalisa politik dan ahli politik mengenai kekuatan Pas dan hala tujunya.Semua nya nampak cerah.
Sedangkan Umno nampak merudum dan kelam hala tujunya.
Pas juga menang semangat untuk terus maju ke depan dan berazam memenangi sokongan rakyat sepenuhnya untuk mentadbir Terengganu bermula pilihanraya akan datang.
Pas sudah memulakan langkah ke arah tersebut.
Yang paling penting Pas menang politiking.
Semangat kuat ahli PAS sangat baik dan kawan dan lawan memperakui hakikat ini. Bagaimanapun keburukannya tetap juga ada. Di Sabah, selama PAS bertindak sebagai parti pembangkang, pembangunan diTambunan ( kawasan Joseph Pairin ) sangat malap. Saya rasa keadaan Kelantan juga spt itu. Maka jika PAS berterusan selaku pembangkang di Malaysia, Kemalapan pembangunan dikawasan islam akan tetap berterusan menjadikan mereka sangat jauh ketinggalan. Ini adalah hakikat politik di Malaysia. Saya rasa jika PAS menjadi pemerintah, UMNO juga akan menerima nasib yang sama.
ReplyDeleteSabah dan Sarawak nampak lebih sesuai dengan PKR.
ReplyDeleteSaya yakin Anwar telah mara pada tahap 60% di Sabah Sarawak.
BN cepatlah ....
tuan bungaraya harus adil mengenai kelantan.
kelantan unik...boleh ditulis panjang InshaAllah.spt senarai jutawan melayu msia,spt ahli korporat msia,spt sykt korporat msia..diterajui orang kelantan.
rakyat kelantan banyak mengusahakan tanah dinegeri mereka.
mata kita nampak mereka miskin,tetapi mewah..
jangan lupa jenguk juga pahang....