Monday, January 19, 2009

Resepi Boikot,Resepi Burger,Resepi Pakatan~ref Malaysiakini

Resepi Boikot.
Satu hari saya membuat posting di McD.
Crew di situ asyik jeling kat saya maklumlah pelanggan tak ramai.
Segan begitu saya pun beli segelas minuman.
Tanpa menghabiskan minuman saya membawa balik ke kereta dan terus ke sekolah anak saya.

Masuk je ke dalam kereta,menjerit anak saya,ayah air ini di buat oleh penjahat Yahudi Israel.
Cikgu kata kita mesti boikot ni.
Begitu berkesan resipi dengan mengajar anak-anak supaya memboikot.

Resipi Burger.
Eloklah sesiapa teringin nak buat burger sendiri dek kerana burger McD dah kena boikot.
Tepung gandum digaul dengan 'minced meat' 50% berlemak.
Campur garam secukup rasa,rempah kari,daun kari dan campuran rempah lain untuk lebih perisa dan spicy.
Ditambah pula filler,rusk untuk mengelakkan burger kecut bila digoreng.
Setelah semua nya digaul mesra,masih perlu dicampurkan dengan bonding ingredients supaya tidak hancur bila digoreng.
Akhir sekali bolehlah dibentuk bulat burger dan terus digoreng.
Emmm sedap lebih dari McD.

Resipi Pakatan.
Pas begitu jelas dengan pendirian,dasar dan teras perjuangannya.
Dap juga mempunyai dasar perjuanganya yang tertentu.
Keduanya mempunyai kesamaan untuk menegakkan good governance,accountabilty dan keadilan.
Campuran mesra ini menjadi pakatan rapat dengan bonding faktor iaitu PKR.
Dan di dalam Pakatan Rakyat ini terdapat pelbagai tokoh NGO,Professional,Ilmuan Agama,Korporat dan sebagainya untuk mencukupkan perisanya.
Emm nah satu pilihan baik untuk Rakyat.

4 comments:

  1. walau sesedap mana dan sebaik mana resepinya...bila dah selalu sangat makan...dia automatik jadi muak...

    bila muak mula la salahkan itu dan salahkan ini...

    begitu lah selera manusia yang tidak pernah puas.

    ReplyDelete
  2. betul.
    itulah jawapan tepat kepada senario semasa agaknya

    ReplyDelete
  3. MAAF PERUNDING...
    AKU NAK TAHU CARA NAK UPLOAD GAMBAR KE DALAM BLOG...AWAT YG SUSAH SANGAT?...

    ReplyDelete
  4. Semua resepi ini bagus-bagus ,untuk selamat harus bersederhana takut jadi muak pulak.

    ReplyDelete