Undi BN merosot sebanyak 7.09% dalam PrkP36 semalam.
Manakala Pas meningkat undi sebanyak 2.97% di dalam situasi penurunan peratus keluar undi sebanyak 1.54%.
Wan Farid hilang segalanya.
BN terkejut dengan kekalahan mendadak dalam Pru12.
PakLah dijadikan alasan sebagai punca penolakan rakyat kepada BN keseluruhan.
PakLah berjanji untuk berundur pada 2010 sebelum kekalahan sekali lagi BN Umno di Permatang Pauh P44 kepada Anwar.
Sekali lagi kekalahan diletakkan di bahu PakLah.
PakLah sekali lagi mengalah dan bersetuju untuk berundur lebih awal iaitu pada Mac2009 ini.
Direnung sebentar,tidak kah kedua pilihanraya kecil itu dikendalikan oleh Najib sebagai pengarah pilihanraya jentera BN.?
Bukankah kali ini PrkP36 diadakan selepas PakLah sudah setuju berundur?
Jadi terbukti penolakan rakyat bukan setakat kemahuan kepada PakLah untuk berundur.
Kali ini ia lebih menunjukkan kepada penilaian pengundi kepada Najib sendiri.
Pertama rakyat tidak menunjukkan tanda atau isyarat menerima Najib sebagai pengganti PakLah.
Bahkan, kegagalan calon BN,juga membawa makna prestasi Najib tidak up to the standard.
Sudah 2 kali tewas berturut turut dalam pilihanraya kecil di bawah kendalian Najib.
Haruskah Najib dipersalahkan?
Haruskah Najib memikirkan sesuatu sebelum Mac menjelma?
Atau sekali lagi BN kata ini tiada apa?
Bayangkan Najib itu pengurus bola Malaysia di suatu pesta sukan peringkat antarabangsa. Dua kali lawan, kedua-duanya Malaysia tewas di bawah Najib. Lalu Malaysia terpaksa pulang awal kerana gagal ke pusingan kedua. Agak-aagak apa keputusan FAM terhadap Najib?
ReplyDeletep.s: perunding, apa dah jadi dengan laman tranungkite nie dah masuk hari ketiga masih gagal dibuka? Kena serang hingga pengsan atau dah tukar adress?
Kalau pengurus pasukan bola sepak, nasib najib sama dgn pengurus pasukan lain, tendang masuk longkang je la.
ReplyDeletebuang pengurus.
ReplyDeleterevamp the team
sementara nak revamp tu,pas kat orang lain dululah.
ReplyDeleteKalau pngurus hebat pun kalu player(Wan Farid) mcm hprak (kroni Khairy, kwn bdk tngkt 4) x bleh nak mnang jga..rnungkanla, kita kena ada pemain mcm Kaka, Rooney.. bru psukan 2 kuat..
ReplyDelete