Kadar jualan kereta baru diramalkan menurun sebanyak 8% tahun ini 2009.
Ini diterjemahkan kepada penurunan jualan sebanyak 40,000 buah kenderaan baru seluruh Malaysia.
Pada kebiasaannya negara mencatatkan jualan 500,000 kenderaan baru setiap tahun.
Tahun ini kilang akan cuba menurunkan 8% pengeluaran untuk mengimbangi kos dan mengelakkan kerugian akibat pengurangan jumlah dan hasil jualan.
Kilang disamping itu akan menurunkan kapasiti pengeluaran dengan memotong kerja lebih masa OT atau mengurangkan jumlah jam atau hari bekerja.
Secara asasnya para pekerja akan berkurang pendapatannya sekurang kurang 8% tahun ini.
Kilang juga akan mengurangkan orders dari pihak vendors untuk tujuan yang sama.
Jesteru meninggalkan kesan yang serupa iaitu pihak vendor pula kehilangan 8% hasil dan bertindak melakukan langkah yang sama.
Mengambil estimation purata harga kenderaan ialah rm40,000 sebuah,nilai jualan kenderaan untuk 8% atau 40,000 biji ialah rm1.6billion.
Pihak pengedar jualan juga akan kehilangan sales sebanyak itu.
Secara purata setiap agen pula mendapat rm1000 dari setiap jualan kenderaan,bermakna mereka secara keseluruhan kehilangan pendapatan sebanyak Rm40juta tahun ini.
Begitu juga nilai insuran kenderaan untuk syarikat insurans dengan purata rm1500 sebuah,juga kehilangan rm60juta kutipan premium .
10% daripada itu adalah bahagian komisyen untuk agen insuran.Mereka kehilangan rm6juta pendapatan tahun ini.
Manakala pihak bank pula akan kehilangan loan sales yang lebih besar kerana 99% kenderaan dibeli secara pinjaman dengan margin sekurang kurangnya 90%.
Ini bermakna pihak bank akan kehilangan bisnes bernilai Rm1.44billion.
Bagaimana pula kesan tak langsung kepada bisnes parking,carwash,bengkel,tol dan yang berkaitan yang lain?
Kini pihak Bank Negara mengambil langkah segera mengurangkan OPR,kita lihat kesannya.
No comments:
Post a Comment