Sunday, January 18, 2009

Senarai Serangan Lembik BN di PrkP36~ref Malaysiakini

Terlalu awal mengumumkan calon sehingga tidak membawa makna.
Selepas 20 hari calon dinamakan dan 3 hari berkempen Pak Lah datang semata mata untuk beri penerangan kenapa calon ini dipilih 20 hari terdahulu!

Tidak jelas siapa yang mengetuai kempen.
Mulanya Wan Farid sendiri berkempen.
Kemudian nampak macam PakLah,Pak Jib,Mat Deris,Mat Said,Mat Taib.

Tidak menggunakan isu semasa.
Dengan alasan nak buat lokal,tak mahu nasional atau antarabangsa.
Laporan akhbar hanya di muka surat 3.
Harapkan kempen buletin Tv3 untuk 15 minit sehari.
Berkempen dalam bilik gerakan.
Buat ceramah dengan memanggil kakak kakak berbaju lawa dari pejabat Kemas,sekolah dan pejabat kerajaan.
Audince fixed dan diimport.Tak original,bukan dari khalayak ramai.

Isu harga barang tinggi tak nak cakap.
Minyak taknak turun harga sepatut sebenarnya.
Mogok nelayan tak layan.
PPSMI berkeras nak ikut suka sendiri.Rayuan rakyat taknak dengar.
Memperjuangkan Palestin tidak diketengahkan.
Kongres Ekonomi Islam ke3 di PWTC langsung tidak di highlight.

Takde winning faktor,takde isu atau modal untuk serang PR.
Terlalu defensive sampai ke hari Sabtu.
Hari Jumaat dah 'wrap up' kempen.

Takde kejayaan sendiri untuk diketengahkan kepada rakyat.
Masih sibuk dengan pemilihan parti Mac ini.
Wanita tak selesai lagi.
Tak serik bila cerita liwat tak laku,cuba guna isu hudud yang sinonim untuk Pas.
Kalau nak bersilat jangan guna buah tari musuh yang dah pakar!
Semua orang dalam Umno pening,nak menang payah,kalah salah dan susah!

Cuba kempen guna nama Arwah,kalau gitu suruh isteri arwah lah bertanding.
Calon tak relevan,cerita pun tak relevan.
Suka ungkit dan suka ugut,rakyat dah tahu ruling parti tu pengurus dilantik rakyat.
Rakyat nak pecat,rakyat berhak!

PR dah cerita untuk semua,BN masih cerita ikut kaum.
PR dah elok bersatu,BN kata tunggang gitu tunggang gini.
Tak sedar BN macam nak roboh runtuh.
Kempen direct membership BN tak menjadi.

BN takde figure hebat macam PR.
Tian Chua yang senyum,Lim Guen Eng,Lim Kit Siang,Karpal,TG Nik Aziz,TG HjHadi,UsNasha,Husam,Anwar,Wan Azizah,Gobala,Saifudin,Azamin,Khalid Ibrahim,Khalid Samad dan terlalu ramai lagi yang ada pelbagai karektor dan penyokong tersendiri.

Ah..nanti tambah lagi.

3 comments:

  1. Mereka2 ni memeng suka mengungkit kata rakyat x berterima kasih, sepatutnya mereka2 yg sombong ni berterima kasih pd rakyat. Tampa rakyat mereka2 yg sombong ni x merasa jadi YB dan x merasa hidup mewah mcm sekarang. Saya bukan nak cerita keburukan org yg dah ninggal, kita lihat arwah abg zek je dah cukup.

    ReplyDelete
  2. Kepada UMNO.Demi kesinambungan ambil berat isu PPSMI kerana landasan politik telah digunakan dlm perjuangannya menegak BM setelah pendapat dan idea mereka tidak mendapat respon yang positif dari kerajaan dan kelihatannya nampak sedikit berkesan. Fikirkanlah kerana mereka ini adalah kalangan profesional yg tidak sedikit pengaruhnya. Jika pun nak teruskanya,Berilah bukti kukuh sebagai bukti BM disanjung oleh masyarakat Malaysia walaupun adanya PPSMI, bukannya menunjukkan kejayaan PPSMI itu. Tapi kalau ternyata PPSMI boleh mengugat kewibawaan BM maka hentikanlah.Seorang pemimpin UMNO pernah menyatakan bhwa tibalah masanya kita beranggapan tidak semua perkara/isu kita lebih tahu dari rakyat. Renungilah.

    ReplyDelete