Sekali lagi kejadian kematian tahanan ketika berada dalam tahanan polis terjadi lagi.
Siasatan wajib dijalankan.Bagus.
Jika terdapat sebarang salah laku diperingkat pegawai lokap polis,tindakan mesti diambil.
Yang lebih penting tanggungjawab besar harus dipikul oleh salah seorang yang lebih berkuasa.
Sama ada Ketua Polis Selangor atau Ketua Polis Negara atau Menteri Dalam Negeri mesti bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kejadian ini.
Salah seorang dari mereka harus berani meletakkan jawatan sebagai bukti rasa bertanggungjawab dan kesal dengan kejadian tersebut.
Tolonglah buat sesuatu untuk beri keyakinan kepada rakyat atas badan badan bertanggungjawab di dalam negara ini.
Jangan harapkan pagar,pagar yang memakan padi.
Letak jawatan? Ia sesuatu yang tidak mungkin!! Letak jawatan sebagai tanda kebertanggung jawaban bukan budaya kita, bukan budaya Malaysia negara yang dibanggakan sebagai negara penuh sopan santun dan kaya budi bahasa ini. Budaya letak jawatan sebagai tanda kebertanggung jawaban ialah budaya Barat, budaya Jepun, budaya Korea, budaya orang kafir.
ReplyDeleteDi Barat, Jepun dan Korea, kapal terbang terhempas, kemalangan keretapi, kemalangan jalanraya, wabak penyakit, skandal rasuah, pelakuan tdak bermoral dll, menteri berkenaan letak jawatan sebagai tanda kebertanggung jawaban. Di Malaysia ahli politik kita diajar untuk pekak badak, terus berkhidmat hingga tewas pilihanraya atau hingga mati diserang jantung.
Letak jawatan budaya yang tidak sesuai dengan kita, kerana kita bukan Barat, kita bukan Jepun, kita bukan Korea. Kita adalah bangsa yang perlu mencontohi pemimpin, pemimpin yang selalu dipersoalkan tahap kebertanggung jawaban mereka. Jadi kita perlu contohi pemimpin, kita tidak perlu bertanggung jawab.
Apabila didapati bersalah, maka individu yang bersalah itulah yang seharusnya letak jawatan dan menerima hukuman. Selagi belum didapati bersalah maka belumlah boleh meletakkan jawatan. Ini akan menganggu urusan pentadbiran yang lain. Elok budaya spt ini.
ReplyDeleteSaya rasa Tan Sri Khalid juga bersetuju dengan pandangan saya ini.
saya terima dua2 pendapat.
ReplyDeletetengok sapa lebih macho.
tengok degree of kesalahan.