Tsunami December 2006 telah bermula dari luarpantai Aceh dan menghala ke utara melangkaui Sri Langka dan India serta sebahagian pantai Afrika.
Angka kematian keseluruhan dilaporkan menghampiri 600 ratus ribu.
Yang menakjubkan Malaysia yang begitu dekat dengan Aceh hanya mencatatkan 6 orang kematian.
Berdasarkan kefahaman Islam yang saya pelajari,sedekah,derma,donation dan segala yang serupa boleh menolak bencana,bala,malapetaka dan musibah.
Disebabkan rakyat Malaysia seluruhnya tak kira agama,bangsa,keturunan,usia,kayaraya,miskinpapa,semuanya suka menderma,bersedekah,memberi donation tak kira kepada siapa.
Sesiapa yang meminta tak kira,sihat,cacat,warga tempatan,warga asing,individu,persatuan dan kira tempat masjid,pejabat,pasar malam,kompleks membelibelah di rumah dan semuanya akan mendapat layanan dan diberi sumbangan rakyat Malaysia.
Ini mengikut kefahaman Islam saya telah menolak malapetaka seperti tsunami tersebut dari menimpa rakyat Malaysia.
Kini 2008 dunia terutama di sebelah Amerika,Eropah,Jepun telah dilanda tsunami ekonomi terutamanya berpunca dari sistem kewangan lalu merebak ke sistem pinjaman lalu merebak kepada semua rakyat.
Kenapa tsunami ekonomi ini lambat mengenai sistem ekonomi Malaysia.?
Nah sekali lagi mengikut kefahaman eonomi Islam saya,bahawa sekali lagi sistem kewangan kita terselamat kerana hampir semua syarikat kewangan tak kira dipunyai syarikat tak kira bangsa,agama,tempatan,dan luar(asing) ada menyediakan pilihan sistem dan produk kewangan Islam.
Peningkatan bisnes dalam industri takaful,sukuk,perbankan Islam,pinjaman Islam,mortgage Islam semuanya mencatatkan perkembangan sehingga ada yang mencapai growth rate 35%.
Ini sekali lagi menyelamatkan rakyat Malaysia sekali lagi dari dilanda malapetaka tsunami.
Namun ekonomi Malaysia kemungkinan besar dilanda tsunami ekonomi sekunder.
Iaitu kesan sampingan kedua selepas kilang dari syarikat besar dunia dan lain ekonomi dunia yang terancam dek tsunami ekonomi level pertama mula dirundung masalah lalu menutup operasi dirantau ini atau ekonomi negara tersebut sudah mula mengurangkan penggunaan domestic mereka(hence reduces import).
Kita diberi masa oleh ekonomi (market)lebih kurang 12 bulan untuk bertindak accordingly untuk menghindarkan kesannya.
Kerajaan kita bersama pakar ekonomi harus pantas mengambil inisiatif.
Peningkatan penggunaan dan pengeluaran domestic mungkin satu pilihan.
Kerajaan harus ingat teknik membuat jambatan atau bangunan sekolah untuk menghasilkan multiplier effect ke atas ekonomi kali ini mungkin tidak sesuai.
Kegiatan ekonomi yang ada genuine produktiviti biarpun nampak leceh seperti mengguna pakai semua tanah terbiar,barangkali lebih baik.
Dalam situasi ini saya merasakan kerajaan negeri mempunyai advantages yang lebih untuk di offer kepada rakyat.
Inilah peluang!!
No comments:
Post a Comment