Sememangnya kes terbaru yang berlaku ke atas tahanan dalam jagaan polis amat menyedihkan dan memburukkan nama baik pasukan polis.
Cerita mengenainya penglibatan pegawai polis dengan rasuah kecilan di peringkat awam juga mencemarkan nama baik polis.
Di sini saya ingin mengenengahkan perkhidmatan polis yang paling mulia.
Mereka ialah polis trafik yang menjaga dan mengawal lalulintas terutama berdekatan trafiklight dan roundabout di seluruh tempat di Ibukota Kuala Lumpur.
Bayangkan di waktu puncak pagi dan petang ketika kenderaan berjuta-juta berpusu di jalanraya menuju ke tempat kerja masing masing.
Bayangkan betapa leganya kita bila dapat memandu dengan lancar dan terselamat dari terperangkap di dalam jam.
Khidmat mereka benar benar menyelesaikan masalah kita.
Saya juga ingin menceritakan satu kisah benar betapa merendah dirinya dan mulianya Timbalan KPN ketika beliau pergi ke masjid dengan kereta Saga tahun 1990 itu.
Peristiwa ini saya lihat di Masjid Bt Antarabangsa semasa peristiwa tanah runtuh baru ini.
Beliau datang dengan pakaian biasa ke masjid,petugas polis yang sedang bertugas tidak menyedari sehinggalah beberapa pegawai besar datang menyambut beliau.
Namun beliau tidak marah atau menyombong,malah bersalam dengan semua orang.
Saya difahamkan beliau sering memunaikan solat berjemaah di masjid tersebut.
Saya mendoakan beliau dilantik menjadi KPN untuk harapan baru kepada nama baik pasukan Polis Malaysia.
No comments:
Post a Comment